CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Syazwani Sapari - Kamilah Bintang (Artis Kanak-Kanak)


Kisah Syazwani Sapari Juara Kamilah Bintang (Artis Kanak-Kanak)

Walaupun artis kanak-kanak Malaysia iaitu Syazwani Sapari yang baru mencapai umur 11 tahun. Vokal suara Syazwani Sapari atau lebih dikenali sebagai Wani sangat mengagumkan dan tidak dinafikan Syazwani Sapari mampu mencapai not tinggi yang kebiasaan dinyanyikan oleh golongan yang lebih berusia atau dewasa daripada dirinya.

Buktinya, Syazwani Sapari beberapa kali memenangi tempat tiga teratas apabila beradu suara dengan peserta dewasa ketika sering memasuki pertandingan karaoke dan nyanyian kategori terbuka.

Syazwani Sapari yang meminati mendalam terhadap bidang nyanyian mendorong Syazwani Sapari memasuki rancangan program realiti televisyen popular terbitan Astro Ceria, Kamilah Bintang dan telah pun bergelar juara musim pertama Kamilah Bintang.

Gambar Adik Syazwani Sapari Seksi Juara Kamilah Bintang
 Gambar Syazwani Sapari Seksi - Artis Kanak-Kanak Popular

“Saya yang mahu masuk ke program itu kerana saya memang meminati bidang nyanyian. Ibu juga selalu menyokong dan berkata tidak salah jika saya mahu mencuba. Keluarga banyak beri sokongan kepada saya,” bicara Syazwani Sapari yang mula menyanyi sejak berumur tujuh tahun lagi.

Gelaran juara yang dimenangi memberikan Syazwani Sapari peluang muncul dengan album sulung yang diberi judul Wani terbitan Measat Broadcast Network System (MBNS).

Syazwani Sapari Terbit Album WANI

“Kelahiran album Wani ini bukan sekadar mewarnai persada seni hiburan tempatan sebaliknya ia membuktikan artis kelahiran Kamilah Bintang mampu menjadi pelopor generasi pelapis industri muzik tanahair,” jelas pengurus saluran Ceria, Evon Koh.

Album mini yang memuatkan lima buah lagu iaitu Cintamu Bermakna, Sabar, Mengejar Bintang, Tra La La dan Teman Setia ini mendapat hasil sentuhan tiga komposer yang tidak kurang hebatnya iaitu Kunci Demak, Sham Kamikaze dan Shazee Ishak.

Menurut Evon Koh lagi, konsep album mini Wani ini diberi sentuhan genre balada dan pop mengikut kesesuaian umur dan perwatakan Syazwani Sapari yang ceria.

Bukan itu sahaja, Syazwani Sapari juga cuba mengasah bakatnya di dalam bidang lakonan apabila terbabit dalam filem pertama lakonannya, Jidin Sengal. Wani yang memegang watak Piah sewaktu kecil tampil dalam lima babak sahaja dan dijangka menemui penonton pada Ogos ini.

Tengok Video Persembahan Nyanyian Adik Syazwani Sapari Semasa Bintang Kecil 2010



Apa Kata mohdrohaizad.co.cc - Syazwani Sapari merupakan artis kanak-kanak Malaysia yang semakin meningkat naik. Apabila menjuarai program realiti Astro Kamilah Bintang, terbit album Wani dan seterusnya berlakon filem membuatkan penulis tertarik untuk menulis artikel mengenai Syazwani Sapari. Penulis dan para peminat industri seni harap Syazwani Sapari akan maju dalam pelajaran dan dunia seni yang dia minati. Good luck adik Syazwani Sapari.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Syazwani Sapari - Kamilah Bintang (Artis Kanak-Kanak) By Mohd Rohaizad. Published: 25.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...