CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Terengganu Juara Piala FA - Kelantan Terlepas Peluang Keemasan


Tahniah! Terengganu Juara Piala FA - Kelantan Terlepas Peluang Keemasan.

Terengganu yang bangkit pada minit-minit terakhir perlawanan di sebalik kesilapan negeri jiran Kelantan menjulang Piala FA buat kali kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Terengganu, juara kali pertama pada 2000, mengatasi Kelantan 2-1 pada waktu tambahan.

Terengganu Juara Piala FA
 Tahniah Pasukan Terengganu Selaku Juara Piala FA

Negeri itu ketinggalan 0-1 sebelum mendapat nafas baru ekoran kesilapan Mohd Daudsu Jamaluddin yang menjaringkan gol sendiri pada minit ke-93, menyebabkan permainan dilanjutkan masa untuk menentukan juara.

Kelantan Jaringkan Gol Sendiri 

Mohd Daudsu yang dilihat berhasrat untuk menanduk keluar bola telah menyebakan ia tersasar masuk gawang sendiri.

Terengganu menyumbat gol kemenangan menerusi Nordin Alias pada minit ke-109.

Gol tunggal Kelantan dijaringkan oleh Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 yang hampir memberi peluang kepadannya membawa pulang Piala FA sejak ia diperkenalkan pada 1990.

Kelantan Kalah Lagi

Pada 2009, Kelantan tewas 1-4 di tangan pasukan Selangor.

Dua perlawanan akhir sebelum ini ditentukan pemenang dengan sepakan penaliti.

Pada pertemuan malam ini, Terengganu berkesempatan menjaringkan banyak gol tetapi melepaskan beberapa peluang emas sehinggalah pada minit ke-93 menerima gol hasil pemain Kelantan.

Pengadil memberi masa tambahan selama empat minit.

P/s: Penulis mengambil kesempatan mengucapkan TAHNIAH kepada pasukan Terengganu yang menjadi juara Piala FA dengan menewaskan Kelantan. Kelantan pada malam ini memamng seolah-olah menjadi juara namun banyak peluang keemasan dilepaskan. Apa-apapun bola itu bulat, sesiapa pun boleh menang kan. Mungkinkah ada cuti peristiwa untuk Terengganu?

-Terengganu Juara Piala FA, Kelantan Terlepas Peluang Keemasan-

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Terengganu Juara Piala FA - Kelantan Terlepas Peluang Keemasan By Mohd Rohaizad. Published: 12.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...