CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Tip Petua Sarimah Ibrahim Kecantikan Kulit & Bentuk Badan


Anda Ingin Tahu Tip Petua Gaya Sarimah Ibrahim Dalam Mengekalkan Kecantikan Kulit & Bentuk Badan?

Pengacara popular rancangan The Biggest Loser, Sarimah Ibrahim (gambar dibawah) berkongsi tip kecantikan di bengkel anjuran majalah Shape dengan kerjasama True Fitness, Sunway Giza, Kota Damansara, Kuala Lumpur Sabtu ini.

Sarimah Ibrahim yang merupakan Duta Reebok ini berkata penjagaan pemakanan penting kepada setiap orang. Selain itu, air juga mampu membantu seseorang itu mengekalkan bentuk badan dan kulit yang cantik.

Tip Petua Kecantikan Sarimah Ibrahim

“Saya suka makan nasi lebih-lebih dengan lauk ayam madu. Tetapi saya mengamalkan makan nasi selang sehari.

“Selain itu, kurangkan makan di luar kerana kebiasaannya makanan di luar terlebih minyak. Jika makan nasi beriani, elakkan ambil lauk yang bersantan sebaliknya pilih yang bergoreng. Minuman pula, saya pilih air milo tanpa gula,” katanya semasa berkongsi tip tersebut.

Petua Kecantikan Sarimah Ibrahim
 Gambar Sarimah Ibrahim Kekalkan Kecantikan Kulit & Bentuk Badan

Pengacara Akademi Fantasia ini turut membuka peluang kepada 35 pembaca Shape yang hadir di situ untuk bertanya soalan kepadanya.

Sarimah Ibrahim wanita kacukan Irish-Melayu ini juga melakukan senaman pilates untuk menguatkan otot-otot yang lemah serta menggunakan mesin senaman.

“Apabila mencuba pakaian yang direka oleh pereka fesyen, saya selalu berhadapan dengan masalah badan. Jadi, saya perlu selalu bersenam untuk mengekalkan kecantikan badan dan tidak mendatangkan masalah kepada pereka fesyen,” ujarnya.

Sebagai tambahan, Sarimah Ibrahim turut mengambil suplemen seperti vitamin B dan pil minyak ikan yang mendatangkan faedah kepada kulit.

Tip Tambahan Kesihatan Sarimah Ibrahim 

Tip tambahan lain termasuklah makan banyak makanan berprotein, seimbangkan makanan berkarbohidrat untuk mengurangkan kadar gula dalam badan dan makan selepas bersenam.

Selain itu, lima pembaca bertuah berpeluang menerima hadiah cabutan bertuah yang ditaja oleh Colantotte, Gatorade, Reebok, True Fitness dan Yogood.

Bengkel yang dianjurkan itu bersempena dengan ‘Shape Night Run 2011’ anjuran GNC Live Well yang akan diadakan pada 30 Julai depan, di Pusat Perbadanan Putrajaya.


P/s: Penulis harap tip petua yang diberikan Sarimah Ibrahim mengenai kecantikan kulit dan bentuk badannya dapat diamalkan oleh para gadis wanita yang ingin kelihatan cantik menawan seperti artis Malaysia Sarimah Ibrahim yang sentiasa maintain cun.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Tip Petua Sarimah Ibrahim Kecantikan Kulit & Bentuk Badan By Mohd Rohaizad. Published: 19.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...