CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Tom Raja Farah Perampas Suami Orang? - MyStarz LG3


Betul Ke Artis Realiti Tom Raja Farah Perampas Suami Orang? - MyStarz LG3.

Semacam ada suatu yang tidak kena dengan Raja Farah Afzal Raja Ikram (Gambar), 25 tahun, atau lebih selesa dipanggil Tom @ Raja Farah ini. Sebelum ini dia pernah mencetuskan kontroversi dengan insiden pergaduhan di tepi jalan, kini dia kembali membawa cerita panas.

Masih lagi berkaitan dengan hal peribadi, tetapi kali ini Tom @ Raja Farah menarik perhatian umum dengan kisah statusnya sebagai tunangan orang. Tom @ Raja Farah tiba-tiba didakwa sudah tidak lagi sehaluan dengan tunangnya, Mohd Ferdzaus Muhamad Jamil, 26 tahun, sejak Mei 2011 yang lalu.

Tom Raja Farah Bohong Putus Tunang Dengan Mohd Ferdzaus

Bagaimanapun sebelum ini Tom pernah tampil menafikan hal putus tunang itu kepada beberapa media lain. Selepas memeriksa laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini, Tom secara terbuka telah mengumumkan bahawa dia kini bukan lagi tunangan Mohd Ferdzaus. Pengakuan Tom putus tunang itu dibuat menerusi status bertarikh 25 Mei 2011.

Jika menyorot status seterusnya yang bertarikh 26 Mei, Tom Raja Farah juga telah mengumumkan kegembiraannya kerana kembali memegang status solo single minglenya.

Apabila “rahsianya” itu dibongkar media, Tom dilihat bagai tiada arah di mana untuk menutup “pembohongan” yang diciptanya. Mahu tak mahu, Tom penyanyi yang popular dengan lagu Untuk Kuala Lumpur ini membuat pengakuan berhubung isu putus tunangnya itu.

Gambar Tom Raja Farah Seksi
 Tom Raja Farah Seksi - Juara MyStarz LG3

“Macam mana saya nak cakap ya? Ya..memang kami sudah putus tunang. Bagi saya, setiap pasangan pasti ada masalah dan perkara begini tentunya akan berlaku.

“Saya dan Mohd Ferdzaus sudah lama kenal. Kami juga pernah bercinta sebelum ini, sejak bersekolah di tingkatan dua lagi. Tetapi ia berakhir selepas masing-masing sudah mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan sendiri.

“Namun, hubungan cinta bertaut kembali selepas kontroversi pergaduhan tempoh hari dan dia juga sudah menceraikan isterinya. Bukan kerana Tom perampas atau bagaimana, tetapi mungkin jalan takdir kami sudah begitu,” kata Tom Raja Farah lagi.

Gambar Tom Raja Farah Kena Belasah Teruk
 Gambar Tom Raja Farah Kena Belasah Teruk Sebab Isu Rumah Tangga Mohd Ferdzaus

Ditanya mengapa dia bertindak menafikan hal ini sebelum ini, jelas Tom, dia memang sengaja menyembunyikannya kerana tidak mahu keluarga merasa tersinggung apalagi hal ini masih dianggap tergantung tiada penyelesaian.

“Putus, bercinta, putus dan sambung semula bercinta semuanya dah biasa bagi kami. Benda ni terjadi semasa hubungan kami bermasalah. Saya pun tak sangka jadi begini.

“Lebih tak sangka bila pihak media berjaya hidu. Saya juga tak boleh nak cakap puncanya apa. Tak mahu komen bab itu. Biarlah kami berdua saja yang tahu,” kata Tom Raja Farah.

Tom Raja Farah Akan Berkahwin Dengan Mohd Ferdzaus

Dalam pada itu, Tom Raja Farah yang merupakan Juara musim ketiga MyStarz LG ini juga tenang mengaku bahawa perubahan status di dalam Facebook miliknya itu dibuat dalam keadaan beremosi dan dalam keadaan yang tertekan.

Tom Raja Farah juga mendedahkan bahawa dia percaya hubungannya dengan Mohd Ferdzaus boleh dipulihkan namun semuanya bergantung kepada masa yang menentukan sejauh mana hubungan mereka.

“Ala...masing-masing tengah ego sekarang, biasalah. Kalau ada jodoh tak ke mana juga bukan? Walaupun dah jadi begini, kami masih lagi saling berhubung. Susah saya nak jelaskan bagaimana, tapi saya percaya jodoh kami kuat,” kata Tom Raja Farah yang mungkin berkahwin dengan Mohd Ferdzaus jika hubungan kembali pulih. -Utusan.

Tengok Video Persembahan Tom Raja Farah Dalam MyStarz LG3 - Lagu Sepi Sekuntum Mawar






Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Tom Raja Farah ni memang kaki penipu, dah lah rampas suami orang. Penulis dengar banyak betul kes-kes negatif melibatkan juara MyStarz LG3 ini. Jadi memang betullah kan Tom Raja Farah ini Perampas Perosak rumah tangga suami orang kan? Kahwinlah cepat dengan si Mohd Ferdzaus tu, jangan duk asyik buat maksiat lagi disana-sini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Tom Raja Farah Perampas Suami Orang? - MyStarz LG3 By Mohd Rohaizad. Published: 27.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...