CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Tomok - Kad Undangan Majlis Pernikahan & Resepsi Perkahwinan


 Betul Ke Tomok Edar Kad Undangan Majlis Pernikahan & Resepsi Perkahwinannya?

Penyanyi Tomok mula mengedar kad undangan majlis pernikahan dan resepsi perkahwinannya yang bermula 1 Julai ini. Dia sendiri turun berjumpa rakan media kerana berbesar hati mengundang ke majlis-majlisnya.

Tomok Nikah Siti Rahayu Abas 1 Julai 2011

Tomok berumur 27 tahun, akan bernikah dengan Siti Rahayu Abas berumur 31 tahun, pada 1 Julai ini di sebuah dewan di Keramat, Kuala Lumpur. Keesokannya majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan diadakan di dewan yang sama.

Tomok Edar Kad Kahwin
Gambar Tomok Edar Kad Undangan Majlis Perkahwinannya

Majlis Resepsi Tomok

Majlis resepsi sebelah pengantin lelaki akan diadakan pada 6 Julai di sebuah dewan di Kuala Lumpur sebelum sekali lagi kenduri kahwin di rumah keluarga Tomok di Cheras, Kuala Lumpur pada 9 Julai.

Itu dia sampai empat majlis perkahwinan Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail. Yalah dia mahu memuaskan hati semua pihak.

Contoh Kad Kahwin Tomok
 Gambar Kad Undangan Perkahwinan Tomok & Siti Rahayu Abas

"Datanglah bang ke semua majlis saya ya," kata Tomok semasa mengedarkan kad kepada rakan media di Utusan Karya Sdn. Bhd, hari ini.

Gambar Siti Rahayu Abas Tomok Bercinta
Gambar Siti Rahayu Abas & Tomok Bercinta 8 Tahun Sebelum Nikah

Siti Rahayu Abas Bakal Isteri Tomok Kerja Pramugari MAS

Tomok dan bakal isteri yang bekerja sebagai pramugari ini masing-masing sibuk. Tapi ia bukan penghalang kepada mereka untuk menjalani hidup seperti pasangan suami isteri lain.

Gambar Zeel Baru Tomok
 Gambar Tomok Terkini Berseri-Seri

"Ia bukan penghalang... yang pentingnya kami menjalani hari-hari yang tak sibuk nanti bersama-sama.

"Selama berkawan dengannya saya tak nampak kesibukan menjadi penghalang kepada hubungan kami. Bila tidak selalu berjumpa ni, boleh juga menguatkan rasa cinta kami," kata Tomok.

P/s: Penulis dan para peminat ingin mengucapkan TAHNIAH buat Tomok & Siti Rahayu Abas awal-awal ya. Selamat Pengantin BARU! Bestnya dapat kahwin.. Penulis pun tak tau bila jodoh nak jatuh mai sini..


Tomok Edar Kad Undangan Majlis Pernikahan & Resepsi Perkahwinan

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Tomok - Kad Undangan Majlis Pernikahan & Resepsi Perkahwinan By Mohd Rohaizad. Published: 8.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...