CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Usop Wilcha Jadi Deejay Hot FM AM Krew


Betul Ke Usop Wilcha Jadi DeejayHot FM AM Krew?

Terkini, berita sangat gembira buat peminat pelakon yang terkenal dengan ‘tagline’ “Kite Bakor Je..” dan “Cer Citer…”, Usop Wilcha.

Kami difahamkan, pelakon yang mula dikenali menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah  ini bakal menyertai stesen radio popular, Hot FM.

Usop Wilcha atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri Syed Osman ini khabarnya akan mengendalikan segmen pagi, Hot FM AM Krew bersama Fara Fauzana, Faizal Ismail dan AG bermula Khamis ini.

Usop Wilcha Hot FM
 Gambar Usop Wilcha atau Syed Mohamad Asri Syed Osman

Nampaknya begitu hebat penangan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah sehingga beliau bukan sahaja menjadi rebutan produser filem serta drama, malah juga turut diintai oleh pihak atasan dari stesen radio swasta ini.

Kami sendiri pernah terserempak Usop Wilcha bersama dengan orang kuat Hot FM, Seelan Paul bersarapan di kafeteria Sri Pentas, Bandar Utama. Mungkin nak berdiskusi pasal hal inilah agaknya?

Tak sabar rasanya kami peminat nak dengar celoteh dari Usop Wilcha ini. Selain Usop, bekas penyampai radio XFM, Nana turut disunting stesen radio di bawah Media Prima ini. Betul ke?

Wah, bertambah hebatlah stesen HOT FM dengan tambah Usop Wilcha pasti semkain HOT!

Klik Sini - Betul Ke David Teo Tidak Layan Pekida Sebab Tiada Bukti?

P/s: Berita baik buat peminat Usop Wilcha, lepas ini bolehlah bakar Hot FM ya nanti.. Hehe.. Penulis dan para peminat mengucapkan TAHNIAH buat Usop Wilcha yang menjadi deejay Hot FM AM Krew.

~ Usop Wilcha Jadi DeejayHot FM AM Krew ~

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Usop Wilcha Jadi Deejay Hot FM AM Krew By Mohd Rohaizad. Published: 13.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...