CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Ustaz Dzulkarnain Hamzah Parah Kemalangan (Pengacara Imam Muda)


Betul Ke Ustaz Dzulkarnain Hamzah Cedera Parah Kemalangan Kereta Dengan Lori (Pengacara Imam Muda)?

Tahukah anda yang pengacara Imam Muda musim kedua (IM2), Dzulkarnain Hamzah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Sepang, Selangor ketika dalam perjalanan untuk mengadakan ceramah di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang itu, Ustaz Dzulkarnain Hamzah mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut kiri apabila kereta BMW 5 Siri yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori kelapa sawit.

Ustaz Dzulkarnain Hamzah Hampir Maut

Ustaz Dzulkarnain Hamzah berkata, semasa kejadian dia baru selesai mengadakan ceramah pertamanya di Subang Bistari dekat sini dan ingin ke Port Dickson melalui laluan di Sepang.

“Semasa saya tiba di satu laluan di Sepang itu, saya ingin memotong sebuah lori muatan kepala sawit. Malangnya pada waktu itu juga lori berkenaan membelok ke kanan tanpa memberikan lampu isyarat menyebabkan kenderaan saya merempuhnya,” kata Ustaz Dzulkarnain Hamzah.

Ustaz Dzulkarnain Hamzah Cedera Parah Kemalangan Kereta Lori
Gambar Ustaz Dzulkarnain Hamzah - Parah Kemalangan Jalan Raya

Disebabkan kejadian itu, Ustaz Dzulkarnain Hamzah tidak sedarkan diri sehinggalah ketika dirawat di Hospital Putrajaya.

Kata Ustaz Dzulkarnain Hamzah, kemalangan itu menyebabkan dia mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut kirinya.

“Saya terpaksa menerima 12 jahitan pada bahagian lutut serta lapan jahitan pada bahagian dalam mulut termasuk bibir. Alhamdulillah, tiada kecederaan dalaman semasa imbasan x-ray dibuat oleh doktor,” jelas Ustaz Dzulkarnain Hamzah.

Ustaz Dzulkarnain Hamzah yang trauma dengan kejadian itu memberitahu, kemalangan tersebut menyebabkan bahagian depan sebelah penumpang keretanya remuk selepas terperosok dalam perut lori berkenaan.

“Saya juga bersyukur kerana hanya saya sahaja di dalam kereta berkenaan,” kata Ustaz Dzulkarnain Hamzah.

Fahrin Ahmad Jadi Pengacara Imam Muda 2

Berikutan itu dia terpaksa berehat untuk mengacarakan rancangan Iman Muda 2 sehinggalah benar-benar pulih sepenuhnya.

Sementara itu Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, tempat Ustaz Dzulkarnain Hamzah akan digantikan sementara oleh pelakon Fahrin Ahmad.

Pada Jumaat ini, rakaman peringkat separuh akhir rancangan tersebut akan disiarkan bermula pukul 9 malam menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) yang dilakukan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Tengok Video Youtube Online Zikrullah Ustaz Dzulkarnain Hamzah Yang Penuh Menginsafkan Lagi Menyentuh Perasaan Di Bawah


P/s: Penulis bersyukur yang pengacara Imam Muda iaitu Ustaz Dzulkarnain Hamzah terselamat daripada maut semasa cedera parah kemalangan kereta dengan lori. Penulis meminati zikir alunan Ustaz Dzulkarnain Hamzah, sedap didengar dengan gaya sayu syahdu, semoga Allah S.W.T memanjangkan umurnya. Amin..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Ustaz Dzulkarnain Hamzah Parah Kemalangan (Pengacara Imam Muda) By Mohd Rohaizad. Published: 22.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...