CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Wabak Penyakit (HUS) Eropah - Punca Pencemaran Bakteria (EHEC)


Untuk Makluman Anda, Kes Wabak Penyakit (HUS) di Eropah Dikaitkan Punca Dari Pencemaran Bakteria (EHEC). Orang ramai yang mengunjungi Eropah sejak 1 Mei 2011 lepas dan pada masa yang sama mempunyai gejala cirit-birit berdarah dinasihatkan untuk menjalani ujian pemeriksaan kesihatan di pusat-pusat kesihatan yang berhampiran.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai satu kes wabak penyakit "sindrom uremik haemolytik" (HUS) yang berpunca daripada pencemaran bakteria "Enterohaemorrhagic Escherichia Coli" (EHEC). 
 
 Tanda Cirit-Birit Berdarah Selepas Pulang Dari Eropah, Segera Jumpa Doktor
 
"Satu kes wabak penyakit itu dilaporkan di negara Jerman," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 
 
"Untuk makluman, wabak penyakit ini adalah satu sindrom dengan ciri-ciri darah merah pecah dan menyebabkan anemia (menyebabkan kekurangan jumlah pigmen hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah), kegagalan ginjal akut dan kekurangan sel darah pembeku," katanya.

Dr Hasan berkata, tanda-tanda seseorang itu dijangkiti wabak penyakit itu adalah seperti sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit berdarah.

"Gejala gejala yang dinyatakan di atas juga boleh menyebabkan dehidrasi, keletihan, kelesuan, anemia, "uraemia" (kehadiran urea dan sebatian buangan bernitrogen lain dalam darah dalam jumlah berlebihan) serta kecenderungan pendarahan," katanya.

Beliau berkata, punca wabak penyakit itu yang menjangkiti mangsa adalah menerusi makanan yang dicemari dengan bakteria E. Coli.

"Gejala penyakit ini dapat dilihat dengan ketara dalam tempoh tiga hingga lapan hari. Selalunya mangsa akan sembuh dalam tempoh 10 hari dan tanpa sebarang komplikasi selepas dijangkiti wabak penyakit ini," katanya.

Selain itu, sebahagian kecil wabak penyakit ini turut membabitkan kanak-kanak dan warga tua yang boleh membawa kepada komplikasi yang lebih serius seperti penyakit buah pinggang pada tahap kronik.

Kadar Kematian Wabak HUS

Kadar kematian yang berpunca daripada wabak penyakit ini berada pada kadar antara lima hingga 10 peratus.

Dr Hasan berkata, kajian awal mendapati pesakit yang terbabit dengan wabak ini didapati berkemungkinan memakan sayuran mentah iaitu tomato, timun dan daun salad.

Berikutan itu, katanya, kementerian sedang memantau pengimportan timun ke dalam negara ini tetapi maklumat daripada Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia menunjukkan tiada timun yang diimport dari Jerman atau Sepanyol.

Kejadian wabak penyakit ini dilaporkan bermula pada 25 April lalu dengan mangsa mengalami gejala cirit-birit berdarah.
 

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Wabak Penyakit (HUS) Eropah - Punca Pencemaran Bakteria (EHEC) By Mohd Rohaizad. Published: 1.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...