CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Wan Sharmila Berstatus Janda & Ingin Bergelar Isteri Semula


Betul Ke Wan Sharmila Berstatus Janda? Ingin Bergelar Isteri Semula dan Mendapat Anak Segera?

Sudah dua tahun pelakon hitam manis, Wan Sharmila ini kembali membujang, selepas rumah tangga yang dibinanya bersama penerbit dan pemilik Radius One, Fazli Baharom pada tahun 2007 ini terlerai 23 Oktober 2009 yang lalu.

Meniti hari dengan status baru, Wan mengakui perjalanan hidupnya kini lebih tenang dan dia berusaha menjadi seorang wanita yang tabah.

Wan Sharmila Mahu Bergelar Isteri Semula

Baginya tempoh dua tahun belum cukup untuk dia menyiapkan diri untuk kembali bergelar isteri semula, biarpun ramai yang cuba untuk mendekatinya.

"Saya nak berkahwin semula, tapi sekarang ini bukanlah masa yang sesuai. Buat masa ini saya sedang sibuk dengan banyak penggambaran, jadi saya belum ada masa untuk bercinta semula.

Wan Sharmila Seksi Cun
 Gambar Wan Sharmila Seksi Cun Buat Peminat

"Tak dinafikan ramai yang cuba untuk berkawan rapat, tapi setelah apa yang berlaku, saya sentiasa berfikir panjang untuk menerima mereka. Setiap kali ada yang cuba mendekati, saya sering tertanya, adakah mereka benar-benar mahu berkawan dengan saya atau ada sebab lain.

"Saya masih belum berani untuk memulakan kehidupan rumahtangga semula, walaupun sebenarnya naluri saya mahu segera berkahwin dan cepat mendapat anak,"jelas Wan Sharmila.

Wan Sharmila Berstatus Janda Seksi Cun?

Membawa diri dengan status janda, tiada yang sukar buat wanita berusia 30 tahun ini. Mungkin kerana dirinya yang masih belum mempunyai anak, ramai yang seakan lupa, Wan sebenarnya sudah pernah mendirikan rumahtangga.

"Saya sendiri adakalanya lupa saya pernah berkahwin, dan Alhamdulillah, sejak bergelar janda, saya tidak dicemuh atau dipandang serong, mungkin orang ramai juga terlupa bahawa saya pernah berkahwin dan sudah bercerai.

"Setakat ini tiada paksaan untuk saya berkahwin lagi, malah ibu bapa saya juga tidak pernah memaksa untuk saya terus berkeadaan begini,"luahnya lagi.

Wan Sharmila Popular Dengan Drama Nora Elena

Sedang popular dengan watak antagonis menerusi drama bersiri, Nora Elena yang baru saja tamat siarannya semalam, Wan Sharmila sekali lagi bakal menghiburkan penonton drama-drama melayu dengan lakonan terbarunya dalam drama bersiri, Si Jundai yang akan memulakan siarannya pada 20 Jun ini di slot Lagenda, TV3.

Memegang watak Sarah dalam drama ini, Wan Sharmila bergandingan buat kali pertama dengan heronya iaitu, Azam Pitt.

Wan Sharmila Mahu Kahwin
 Gambar Wan Sharmila Yang Popular Melalui Drama Nora Elena

"Berbeza dengan drama-drama sebelum ini, saya memegang watak utama yang baik, namun drama ini tetap mencabar lakonan saya terutama ketika melakonkan watak dirasuk.

"Antara adegan yang paling susah untuk dilakukan adalah ketika dirasuk sewaktu menari. Jika sebelum ini saya pernah berlakon dalam Tari Tirana dan sudah mempunyai asas dalam seni tarian namun, untuk melakonkan watak di rasuk ketika menari, ia amat sukar sekali,"jelasnya yang akan mengacarakan satu program realiti,  Pentas Dikir untuk RTM. -ManggaOnline


P/s: Wah, seksi cun juga Wan Sharmila tambah-tambah dalam drama Nora Elena baru tamat minggu ini. Siapa tahu Wan Sharmila berstatus janda? Tentu ramai tidak tahu kan? Baru-baru ini Wan Sharmila ingin bergelar isteri semua dan mendapat anak dengan kadar segera. Hah, apa lagi? Siapa yang berminat bolehlah memohon menjadikan Wan Sharmila sebagai isteri. Hehe..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Wan Sharmila Berstatus Janda & Ingin Bergelar Isteri Semula By Mohd Rohaizad. Published: 17.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...