CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Wardina Saffiyah Hadiri Majlis PKR Sokong Himpunan BERSIH 2.0?


Betul Ke Wardina Saffiyah Hadiri Majlis PKR Sokong Himpunan BERSIH 2.0?

Pengacara terkenal Malaysia, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot berumur 32 tahun, atau Wardina Saffiyah menjelaskan tidak mengetahui Program Karnival Mesra Rakyat yang diadakan di Desa Mentari, Petaling Jaya, Selangor dekat sini 26 Jun lalu adalah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Wardina Saffiyah berkata, kehadirannya pada majlis mesra rakyat tersebut atas jemputan seorang individu iaitu Azmin Ali yang memintanya memberi ceramah berkaitan keibubapaan.

“Saya sepatutnya hadir pada sebelah siang tetapi disebabkan sibuk dengan aktiviti lain, saya dijemput menghadiri pada sebelah malamnya kerana diberitahu orang ramai orang sedang menunggu.

 
 Gambar Wardina Saffiyah Nafikan Sokong Himpunan BERSIH 2.0

“Dalam jemputan itu saya diminta memberi ceramah mengenai institusi kekeluargaan tanpa dimaklumkan majlis berkenaan adalah anjuran pertubuhan politik PKR termasuklah kehadiran wakil rakyat pembangkang,” kata Wardina Saffiyah di Kelab Darul Ehsan di sini, Rabu.

Wardina Saffiyah berkata demikian bagi menjelaskan tuduhan kononnya dikatakan terlibat dengan pertubuhan politik pembangkang termasuklah menyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih). Turut hadir peguamnya Muhammad Hanif Harun dan Iylia Iqbal Ibrahim.

Wardina Saffiyah menjelaskan sewaktu dia tiba di majlis mesra rakyat dia nampak Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali dan dia telah diminta duduk sebelah wakil rakyat tersebut.

Gambar Wardina Saffiyah Bersama Peguam Untuk Mengambil Tindakan Terhadap Blogger

“Pada majlis itu saya hanya sempat memberi ceramah keibubapaan selama kira-kira sepuluh minit dan sebelum acara tamat, saya terus meninggalkan majlis selepas mendapat sedikit bayaran daripada pihak penganjur,” ujar Wardina Saffiyah tidak berselindung.

Wardina Saffiyah sangat terkejut apabila kehadirannya telah dimanipulasikan sehinggalah ada pihak menuduh kononnya dia cenderung kepada PKR selain menyokong perhimpunan haram, Bersih.

Tambah Wardina Saffiyah lagi, lebih memalukan gambar-gambar silamnya yang tidak bertudung telah disiarkan di beberapa blog dengan lemparan kata-kata yang kurang enak selepas kejadian berkenaan berlaku.

“Saya ingin menjelaskan yang saya tidak terlibat dengan mana-mana pertubuhan politik apatah lagi menyokong demonstrasi jalanan.

“Malah saya lebih sedih apabila gambar-gambar lama saya tidak bertudung disiarkan menerusi bloq yang mana ia boleh memalukan saya dan keluarga sedangkan saya sudah berubah,” ujar Wardina Saffiyah geram gambar lama dimanipulasikan.

Ditanya adakah dia mempunyai hubungan baik dengan mana-mana pemimpin politik pembangkang, kata Wardina Saffiyah sebagai seorang selebriti dia berhak berbaik dengan sesiapa sahaja.

Gambar Wardina Saffiyah Makan Malam Bersama Azmin Ali - Majlis Mesra Rakyat Anjuran PKR

Wardina Saffiyah turut menjelaskan, tekanan yang berlaku disebabkan insiden berkenaan membuatkan dia terpaksa mengambil keputusan berehat daripada menjadi pengacara Malaysia Hari Ini di TV3 selama dua bulan.

Wardina Saffiyah membuat tindakan itu bukanlah disebabkan sebagai hukuman yang dikenakan stesen televisyen TV3 berkenaan sebaliknya ia adalah keputusan dia sendiri untuk membolehkan isu itu kembali reda selain mahu menceriakan semula kehidupannya yang stress dengan isu kontroversi itu.

“Saya tidak akan menjadi ceria dan gembira jika saya dibebani dengan masalah. Jadi, adalah lebih baik saya berehat sekejap dan perkara itu telah dipersetujui oleh pihak TV3,” kata Wardina Saffiyah.

Sementara itu peguamnya Iylia Iqbal Ibrahim meminta pemilik bloq yang menyiarkan gambar-gambar Wardina tidak bertudung agar mengeluarkannya segera dalam tempoh dua minggu sebelum tindakan ke atas mereka diambil sebagai amaran daripada Wardina Saffiyah.

Iylia Iqbal Ibrahim berkata yang tindakan itu perlu untuk menjaga reputasi Wardina Saffiyah yang terjejas dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan gara-gara salah faham tersebut isu sokongan pembangkang itu.-MStar.

Tengok Video Wardina Saffiyah Memberi Ceramah Keibubapaan - Story Telling.







Apa Komen mohdrohaizad.com - Penulis faham yang Wardina Saffiyah mendapat tekanan yang hebat, tambahan pihak TV3 pun terpaksa berat sebelah dalam menyampaikan isu-isu politik menghentam pihak pembangkang. Sebagai selebriti, Wardina Saffiyah mempunyai hak untuk menyokong mana-mana pihak hatta pembangkang sekali pun. Oleh itu, telah jelas Wardina Saffiyah memang menghadiri mjalis mesra rakyat anjuran PKR tetapi tidak semestinya sokong himpunan BERSIH 2.0. Penulis harap dengan penjelasan ini akan meredakan tekanan yang dihadapi oleh Wardina Saffiyah. Selamat berehat dan kembali happy happy penulis ucapkan kepada Wardina Saffiyah.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Wardina Saffiyah Hadiri Majlis PKR Sokong Himpunan BERSIH 2.0? By Mohd Rohaizad. Published: 29.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...