CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Yuna Dilantik Sebagai Duta Canon Malaysia


Betul Ke Yuna Dilantik Sebagai Duta Canon Di Malaysia?

Tahukah anda yang penyanyi dan penulis lagu Yunalis Zarai (Yuna) menyifatkan pelantikannya sebagai duta produk Canon akan lebih menyuntik semangatnya terhadap bidang fotografi.

Kata Yuna, sebelum pelantikan tersebut pun dia sememangnya menggunakan kamera digital Canon sejak usia remaja lagi untuk merakamkan gambar-gambar menarik di dalam kehidupannya.

Yuna Gembira Jadi Duta Canon

"Saya sangat teruja dengan pelantikan sebagai duta produk Canon. Sebelum ini, sejak di bangku sekolah dan universiti saya memang merupakan pengguna jenama tersebut terutamanya kamera digital.

"Ciri-ciri kamera digitalnya yang mesra pengguna dan mudah untuk dikendalikan itu adalah faktor utama saya setia dengan Canon sejak dulu.

Yuna Duta Canon
 Gambar Yuna Sebagai Duta Canon

"Tak sangka pula daripada pengguna setia, kini saya dilantik sebagai duta produk pula," katanya yang ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Canon di Malaysia.

Bercerita lanjut, Yuna berkata, pemilihan itu berlaku atas dasar persefahaman yang terjalin di antara pihaknya dan pengeluar produk kamera berkenaan.

Canon Jadi Penaja Utama Yuna Inspired

"Semuanya bermula pada awal tahun ini apabila Canon menjadi salah satu penaja utama untuk program kembara saya iaitu Yuna Inspired.

"Pihak Canon memberikan sebuah kamera 5D Mark II untuk tujuan merakamkan gambar-gambar dan aktiviti saya sepanjang kembara ke Amerika Syarikat.

"Saya bukan saja merakamkan gambar malah turut membuat rakaman video pengembaraan dengan kamera itu. Mungkin daripada situlah, mereka berminat untuk melantik saya sebagai duta bermula awal bulan ini," katanya yang dilantik sebagai duta untuk tempoh setahun.

Canon Tekankan Aspek Kualiti & Inovasi Tekonologi Produk

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Canon Marketing Malaysia, Melvyn Ho berkata, pelantikan Yuna sebagai duta produk adalah seiring dengan prinsip Canon yang menekankan aspek kualiti dan inovasi dalam teknologi produk tersebut.

"Kami berbangga dengan pemilihan Yuna sebagai duta Canon kerana dia adalah contoh terbaik bagi menggambarkan nilai jenama kami yang inovasi, kreatif, berkualiti dan sentiasa mahu memberikan yang terbaik untuk para pengguna.

Yuna Dilantik Duta Canon
 Gambar Yuna Bersama CEO Canon Malaysia

"Jalinan ini adalah gabungan yang ideal kerana Yuna kreatif dalam muzik manakala Canon pula menekankan aspek inovatif dalam teknologi produk-produk yang kami hasilkan," katanya.

Selain mempromosikan produk keluaran terbaru jenama itu, Yuna juga bakal menghasilkan sebuah lagu tema untuk Canon tidak lama lagi.

Untuk perkembangan terkini tentang Yuna dan Canon, layari laman sosial: http://facebook.com/canoncameramsia.


P/s: Penulis dan peminat ingin mengucapkan Tahniah buat Yuna kerana berjaya dilantik sebagai duta Canon Malaysia. Penulis tengok fesyen tudung tidak berapa best? Ada ke peminat nak ikut gaya Yuna bertudung ala gipsi itu? Jangan kena kutuk sudah..

~ Yuna Dilantik Sebagai Duta Canon Malaysia ~

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Yuna Dilantik Sebagai Duta Canon Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 17.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...