CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Yuna Kagumi Khidmat Vokalis NERD Pharrell Williams


Betul Ke Yuna Kagumi Khidmat Vokalis NERD Pharrell Williams?

Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna mengakui pengalamannya bekerjasama dengan vokalis dan pemain dram kumpulan N.E.R.D iaitu Pharrell Williams dalam proses rakaman album barunya adalah sesuatu yang tidak pernah dijangkakan.

Kata Yuna, dia berasa seolah-olah bermimpi apabila terlibat secara langsung dalam penghasilan lima buah lagu baru di sebuah studio di Miami, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.

Yuna Bekerjasama Dengan Pharrell Williams

"Saya tidak pernah termimpi akan berpeluang untuk bekerjasama dengan Pharrell. Sejak bangku sekolah saya sudah mendengar lagu-lagunya dan mengagumi kreativiti yang diketengahkan dalam muziknya.

Yuna Cun Comel
 Gambar Yuna atau Nama Sebenar Yunalis Zarai

"Rasa seperti tidak percaya pun ada apabila kami bersama-sama menulis lima lagu untuk album saya," katanya yang ditemui di Menara Star, di sini, Isnin.

Pharrell Williams Cekap Rakam Album Yuna

Tambah penyanyi lagu Dan Sebenarnya ini, kesungguhan dan kecekapan Williams sepanjang penerbitan album itu bukan saja mengagumkan, malah memberikan pengalaman baru.

"Pharrell bukan saja kreatif, malah begitu cepat mencari idea untuk menulis lagu. Berbeza dengan cara saya di mana selalunya saya tunggu ilham datang tetapi dia mencari ilham itu untuk menghasilkan muzik.

Yuna Pharrell Williams
 Gambar Yuna dan Pharrell Williams - Vokalis N.E.R.D

"Dia seorang yang tegas, cekap dan bekerja-keras. Disiplin yang diterapkan dalam kerjanya begitu mengagumkan.

"Bayangkanlah, saya seorang yang ego dan tidak mudah untuk akur dengan kata orang lain tetapi saya tunduk pada arahannya ketika rakaman kerana dia tahu apa yang dia mahu," kongsinya.

Album Yuna Untuk Pasaran Amaerika Syarikat (AS)

Lima lagu yang ditulis bersama itu bakal dimuatkan dalam album sulungnya untuk pasaran AS kelak.

Album yang mengandungi 10 hingga 12 trek lagu itu dijangka dipasarkan pada hujung Oktober atau awal tahun depan.

Sejak mengikat kontrak di bawah Fader Label di AS pada Mac lalu, Yuna kerap berulang-alik di antara Malaysia dan AS untuk mengukuhkan jenamanya di sana.

Album EP Yuna untuk pasaran AS iaitu Decorate dipasarkan sejak 15 Mac lalu menerusi iTunes.


P/s: Bestlah Yuna yang kagum khidmat Vokalis NERD Pharrell Williams. Penulis harap album Yuna meletup di Amerika Syarikat (AS) ya. Kepada peminat Yuna nantikan lagu terbaru Yuna tidak lama lagi.

~ Yuna Kagumi Khidmat Vokalis NERD Pharrell Williams ~

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Yuna Kagumi Khidmat Vokalis NERD Pharrell Williams By Mohd Rohaizad. Published: 15.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...