CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Yusof Haslam & Syamsul Yusof Ahli Pekida? Mahu Berdamai


Betul Ke Yusof Haslam & Syamsul Yusof Ahli Pekida? Beliau Mahu Berdamai Dengan Pekida Demi Orang Melayu?

Akhirnya Yusof Haslam dan pihak Skop Production mengambil jalan tengah apabila mahu berdamai dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) selepas filem KL Gangster terbitan syarikat itu dikatakan mempersendakan pertubuhan berkenaan.

Penerbitnya, Datuk Yusof Haslam berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Pekida Jumaat ini di Restoran Haslam, Jalan Pahang, dekat sini untuk mencari jalan perdamaian agar masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik.

Yusof Haslam Berdamai Dengan Pekida

"Pertemuan ini dibuat atas tujuan untuk berdamai antara pihak kami dan Pekida. Kalau boleh kami mahu menjernihkan konflik yang telah berlaku itu.

Yusof Haslam Berdamai Pekida
 Gambar Yusof Haslam Menafikan Dia & Anaknya Syamsul Ahli Pekida

"Saya percaya, apabila kita dapat berinteraksi, mereka akan faham situasi kami sebenarnya iaitu penghasilan filem KL Gangster tidak menyentuh atau menghina mana-mana pihak dengan sengaja," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Tambah Yusof, dengan cara bermusyawarah, dia berharap tiada ketegangan atau salah faham yang akan berlaku di antara Skop dan Pekida pada masa akan datang nanti.

Pekida Ugut Yusof Haslam & David Teo

Pada 11 Jun lalu, Pekida Wilayah Persekutuan memberi tempoh selama seminggu kepada penerbit dan pengarah filem KL Gangster serta Kongsi (Metrowealth) agar meminta maaf secara umum kerana filem berkenaan dipercayai mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut .

Dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan itu yang selama ini dianggap rahsia selain memperlihatkan Pekida seolah-olah seperti kumpulan Gangster orang Melayu.

Bagaimanapun, kata Yusof, anaknya yang juga merupakan pengarah KL Gangster bukan seorang ahli Pekida seperti yang didakwa oleh pertubuhan itu.

Yusof Haslam & Syamsul Yusof Ahli Pekida?

"Saya tak tahu macam mana timbulnya cerita yang Syamsul menyertai Pekida. Tetapi saya tahu dia mempunyai ramai kawan-kawan daripada pertubuhan itu.

"Lebih mengejutkan, apabila Syamsul dikatakan telah meminta maaf secara peribadi kepada pihak tersebut kerana hal itu belum pernah berlaku lagi," tegasnya.

Sementara itu, selain pertemuan bersama Pekida, pihak Skop turut mengadakan majlis kesyukuran bersempena kejayaan filem KL Gangster yang berjaya meraih kutipan memberangsangkan selepas seminggu ditayangkan bermula 9 Jun lalu.

Filem KL Gangster Cecah Kutipan RM8 Juta

"Alhamdulillah, saya yakin dalam seminggu ini, kami mampu mencapai kutipan sebanyak RM8 juta dan ia merupakan sebuah fenomena baru dalam industri perfileman tempatan dari segi kutipan serta kualiti filem tersebut.

Babak KL Gangster Pekida
 Babak Filem KL Gangster - Gua Tidak Kira Lu Ayahanda ka, Abang Long Ka Yang Merupakan Kata Kunci Rahsia Pekida

"Kebetulan pula kami akan membuat pertemuan dengan Pekida, eloklah jika satu majlis kesyukuran turut diadakan atas kejayaan hasil buah tangan anak saya ini," tuturnya.


P/s: Yusof Haslam terpaksa mengalah dan mahu berdamai dengan Pekida demi kebaikan bersama. Yusof Haslam dan Syamsul Yusof telah menafikan yang mereka merupakan ahli Pekida seperti yang didakwa Pekida. Penulis pun hairan, kenapa Pekida beria-ia mengaku mereka berdua ahli Pekida? Macam-macam hal Pekida ini. Penulis juga dengar yang ahli politik dan orang kenamaan turut mendapat bantuan Pekida untuk kepentingan masing-masing, rasa tidak best ja sebab semuanya hal-hal buruk bukannya bawa kebaikan kepada masyarakat kita.

Contoh kata Kunci Kod Rahsia Pekida - Ayahanda, Abang Long, Kak Long, Abang Kawasan & sebagainya yang dipertikaikan oleh Pekida.

~ Yusof Haslam & Syamsul Yusof Ahli Pekida? Mahu Berdamai Untuk Elak Konflik Berlarutan ~

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Yusof Haslam & Syamsul Yusof Ahli Pekida? Mahu Berdamai By Mohd Rohaizad. Published: 15.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...