CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Zakiah Anas & Yusof Taib Bercerai Di Mahkamah Syariah


 Hos 360, Zakiah Anas & Yusof Taib Bercerai Di Mahkamah Syariah Tetapi Belum Selesai.

Sudah lebih 20 tahun penglibatan dalam bidang penyiaran televisyen banyak mematangkan Zakiah Anas, 45 tahun, untuk bergelar seorang personaliti televisyen yang berjaya. Bukan calang-calang orang, wanita ini juga begitu komited dengan kerjayanya sehingga namanya begitu sinonim dengan TV3.

Zakiah Anas merupakan wanita kelahiran Bagan Serai, Perak ini pernah menjadi pembaca berita Buletin Utama sebelum meluaskan destinasi pengacaraannya menerusi rancangan 999, Bersamamu dan yang terbaru, 360.

Disebabkan wajah Zakiah Anas yang sering ditonton dalam program bercorak jenayah, ramai peminat TV3 yang menggelarkan dirinya sebagai “wanita pistol”. Gelaran wanita pistol itu memperlihatkan dia sebenarnya berjaya dengan program yang bercorak jenayah tersebut.

Disebalik nama dan populariti yang ditempa itu, mungkin ada yang tidak tahu tentang sisi lain Zakiah Anas yang juga seorang ibu kepada tiga orang anak ini.

Gambar Zakiah Anas Seksi Bogel Bertuala
 Gambar Zakiah Anas Seksi Bertuala Semasa Skandal Video Seks

Bunyinya agak pelik, tetapi hakikatnya persekitaran boleh mempengaruhi perasaan Zakiah Anas. Waktu senja memberikan gambaran buruk kepada dirinya. Menjelang senja, Zakiah Anas akan menjadi sedih dan suram.

“Saya tidak boleh bersendirian apabila waktu senja kerana hati saya akan menjadi sedih. Jadi, saya akan pastikan bersama-sama anak atau teman rapat pada waktu itu agar perasaan saya tidak sayu.

“Saya tidak tahu kenapa ia berlaku dalam diri saya, tetapi perasaan itu datang secara semula jadi,” kata Zakiah Anas kepada media.

Sejak tidak tinggal sebumbung lagi dengan suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib sejak dua tahun lalu, Zakiah Anas mengakui lebih selesa hidup bersendirian dan hanya ditemani anak-anak serta rakan karibnya sahaja.

Gambar Zakiah Anas TV3 Hos 360
 Gambar Zakiah Anas Terkini TV Hos 360, 999, Bersamamu

“Saya suka menyendiri dan tidak menunggu sesiapa. Sekarang ini, saya sedang melalui proses penceraian dengan suami di mahkamah,” ujar Zakiah Anas menjelaskan tentang status solonya kini.

Pada Rabu lalu, dia melantik seorang peguam syarie untuk mewakilinya dalam jawatan kuasa hakam (penimbang tara) bagi mencari jalan penyelesaian masalah perkahwinannya.

Pelantikan hakam itu dibuat di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad pada prosiding yang dijalankan secara tertutup dan laporan hakam itu akan dibentangkan pada 25 Julai 2011 ini.

Tidak hanya menumpukan kepada karier penyiaran, wanita cantik ini turut berjinak-jinak menjadi usahawan produk kecantikan. Zakiah Anas akan menghasilkan krim pelangsingan badan dalam masa terdekat ini.

10 Soalan Jawapan Menarik Zakiah Anas TV3

1. Zakiah Anas suka ke gimnasium atau padang?
Saya lebih suka bersenam di dalam gimnasium. Kalau ikutkan saya tiada masalah dengan berat badan tetapi saya nak menegangkan dan membentuk badan menjadi lebih cantik. Tetapi saya tak nak nampak terlalu kurus.

2. Zakiah Anas suka menyanyi atau berlakon?
Jika tidak mengacara, mungkin saya akan memilih bidang nyanyian kerana ia sudah menjadi darah daging saya sejak dulu.

3. Penyanyi wanita yang paling disegani Zakiah Anas?
Sudah tentunya saya memilih Datuk Sheila Majid kerana dia merupakan seorang penyanyi yang tidak ‘over’ dan mempunyai cara nyanyian tersendiri walaupun lagu bernada rancak mahupun perlahan.

4. Zakiah Anas suka menonton filem di televisyen atau pawagam?
Saya pilih menonton di televisyen sebab lebih relaks apabila menonton di rumah. Apabila stres, saya akan meluangkan masa untuk menonton DVD seorang diri ataupun bersama dengan anak-anak.

5. Zakiah Anas suka baju kurung atau baju kebaya?
Baju kurung pesak atau moden kerana saya masih mengekalkan ciri-ciri tradisional dan berasal dari kampung iaitu di Bagan Serai, Perak.

6. Zakiah Anas suka lelaki Melayu atau kacukan?
Tentulah Melayu kerana lebih mudah untuk sesuaikan diri dengan pasangan kita. Jika ditakdirkan dengan lelaki kacukan, saya mahukan lelaki kacukan Melayu.

7. Zakiah Anas suka malam atau siang?
Siang iaitu sebelah pagi sebab setelah bangun dari tidur, kita akan memikirkan kehidupan dan ingin kan suasana yang ceria. Saya tidak suka waktu senja kerana suasananya nampak suram.

8. Zakiah Anas suka kereta atau motor?
Kereta kerana lebih selamat berbanding motor yang lebih berisiko untuk cedera. Lagipun saya gayat nak naik motor.

9. Zakiah Anas suka snorkel atau selam skuba?
Snorkel kerana saya fobia dengan laut dalam. Saya takut tak timbul-timbul kembali sebab dulu saya pernah lemas sewaktu usia lima tahun di Sungai Perak.

10. Zakiah Anas suka rambut hitam atau perang?
Saya suka rambut berwarna hitam kerana lebih sesuai dengan kulit saya yang tak berapa putih.

Tengok Zakiah Anas Video Youtube Tentang Pesanannya Kepada Masyarakat






Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Setelah lama tidak sehaluan diantara Zakiah Anas dan Yusof Taib akhirnya akan bercerai di mahkamah syariah tidak lama lagi. Diharap Zakiah Anas dan Yusof Taib jangan melupakan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka apabila sudah bercerai secara sah nanti, jangan nak ingat dunia hiburan sahaja ya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Zakiah Anas & Yusof Taib Bercerai Di Mahkamah Syariah By Mohd Rohaizad. Published: 27.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...