CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Zami Ismail atau 'Pak Uda' Meninggal Dunia Sakit Jantung


Tahukah Anda Zami Ismail atau 'Pak Uda' Telah Meninggal Dunia Kerana Sakit Jantung?

Pelakon komedi popular, Zami Ismail berusia 67 tahun, yang sinonim dengan nama panggilan "Pak Uda" dalam sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" meninggal dunia pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN).

Anak kedua Allahyarham, Ahmad Yamashita berumur 25 tahun, berkata ayahnya meninggal pada 10.30 pagi selepas seminggu dimasukkan ke IJN berikutan masalah sakit jantung.

Bulan lalu, Allahyarham menerima rawatan di Hospital Ampang.

Pak Uda Berpesan Kebumi Mayatnya Di Tapah Road

Ahmad Yamashita berkata, ayahnya pernah berpesan supaya beliau dikebumikan di tempat kelahirannya di Tapah Road, Perak, sekiranya beliau meninggal dunia.

"Sebagai memenuhi permintaan itu, jenazah ayah akan dibawa ke Tapah Road untuk dikebumikan di tanah perkuburan di sana selepas solat Asar," katanya di rumah mayat IJN.

Allahyarham meninggalkan isteri, Hanizan Ibrahim, serta sembilan orang anak termasuk pelakon Mohd Saopi atau dikenali sebagai Opie dan pengarah filem dan drama Mohd Latiff atau Hitler.

Pak Uda Zami Ismail Meninggal Dunia
Gambar Arwah Zami Ismail atau Pak Uda Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

Opie, ketika ditemui, menyifatkan ayahnya sebagai seorang yang tekun dan komited dalam setiap tugas yang diberikan kepadanya sehingga sanggup ke lokasi penggambaraan walaupun ketika itu beliau kurang sihat.

"Saya dan adik-beradik yang lain pernah melarang ayah pergi ke lokasi penggambaraan, namun ayah tetap pergi secara senyap-senyap tanpa pengetahuan kami," katanya.

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, yang turut berada di IJN, berkata beliau amat terkejut mendengar berita kematian Allahyarham dan menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar dalam dunia seni hiburan tanah air.

Arwah Zami Ismail Tidak Sempat Ke Pesta Lawak

"Sepatutnya beliau (Zami) akan dijemput sebagai tetamu untuk rancangan Pesta Lawak pada Ahad depan (26 Jun). Namun setelah pemergiannya kita tetap akan mengadakan malam penghargaan untuk beliau," katanya.

Pengarah filem dan drama, Othman Hafsham, pula berkata watak Pak Uda yang dilakonkan Allahyarham adalah tunggak kepada sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" sekitar 1980-an yang menjadi siri sitcom yang diminati ramai penonton selama 18 tahun.

Allahyarham turut berlakon hampir 20 filem termasuk dua filem yang belum ditayangkan iaitu "Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit" dan "Shh… Dia Datang".

Zami pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-9 pada 1991. -Bernama.

P/s: Penulis dan para peminat mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga arwah. Semoga roh arwah Zami Ismail atau lebih dikenali Pak Uda yang meninggal dunia akibat sakit jantung kembali ke rahmatullah dengan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah buat Zami Ismail.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Zami Ismail atau 'Pak Uda' Meninggal Dunia Sakit Jantung By Mohd Rohaizad. Published: 19.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...