CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Zul Huzaimy Belum Fikir Soal Kahwin & Calon Isteri


Kisah Kali Ini Mengenai Pelakon Zul Huzaimy Yang Belum Fikir Soal Kahwin & Mencari Calon Isteri.

Selepas hampir setahun bercerai, pelakon Zul Huzaimy mengakui masih belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga semula.

Jelas Zul Huzaimy, buat masa ini dia lebih banyak menumpukan perhatian kepada kerjayanya di samping menjalani hidup bersendirian.

Gambar Zul Huzaimy Kacak Hensem
 Gambar Zul Huzaimy Kacak Bergaya

"Selepas berpisah saya jalani hidup saya seperti biasa dan banyak menumpukan perhatian kepada kerja lakonan.

"Buat masa ini masih tiada sesiapa yang sesuai untuk menjadi calon isteri saya dan saya sendiri belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi kata Zul Huzaimy.

Gambar Zul Huzaimy Bersama Isterinya Nor Dalilah Muhammad
 Gambar Kenangan Zul Huzaimy, Bekas Isteri Nor Dalilah Muhammad, Anak Mereka Awal Haziq

"Apa yang pasti saya lebih banyak menumpukan perhatian dalam kerjaya dan menjalani hidup seperti yang telah ditentukan," ujar Zul Huzaimy yang berpisah dengan Nor Dalilah Muhammad pada Julai 2010.

Selain itu, kata Zul Huzaimy dia masih mempunyai hubungan baik dengan bekas isteri dan keluarga mertua biarpun kini sudah tiada sebarang ikatan di antara mereka.

Zul Huzaimy Bercerai Tetapi Masih Baik Dengan Keluarga Mertua

"Saya masih lagi baik dengan bekas isteri dan keluarga mertua saya, pada saya hubungan itu tidak pernah putus sampai ke akhirat. Sebagai lelaki, saya masih lagi bertanggungjawab kepada mereka," kata Zul Huzaimy.

Tambah Zul, dia dan bekas isteri sering bertolak ansur dari segi penjagaan anak, Awal Haziq yang kini berusia 5 tahun.

Gambar Nor Dalilah Seksi Hot
 Gambar Nor Dalilah Muhammad Seksi Hot Mom

"Awal Haziq masih kecil dan belum lagi memahami situasi ini. Daripada segi penjagaan anak kami bertolak ansur dan berkongsi-kongsi menjaga dia," katanya.

Dalam pada itu, Zul Huzaimy yang menggantikan pelakon Adi Putra untuk pementasan teater Sri Mersing 2 mengakui sangat teruja apabila diberi peluang tersebut.

"Ini kali kedua mereka tawarkan saya untuk berlakon teater ini, semasa pementasan pertama dahulu saya terpaksa menolak kerana mempunyai komitmen lain.

"Ketika mereka hubungi dan tawarkan watak ini, saya terus setuju dan menolak tawaran-tawaran lain, kerana bagi saya watak dalam teater adalah suatu pencapaian bagi seorang pelakon," kata Zul Huzaimy mengakhiri perbualan. -MStar.

Tengok Video Youtube Online Zul Huzaimy Menari Mesra Romantik Bersama Nanu Baharudin


Apa Komen mohdrohaizad.co.cc - Pelakon Zul Huzaimy memang semakin meningkat kerjayanya dalam bidang lakonan. Walaupun Zul Huzaimy telah bercerai selama setahun, tetapi belum fikir tentang soal kahwin dan mencari calon isteri buat penganti. Penulis doakan Zul Huzaimy murah rezeki dan berjaya dalam karier yang beliau minati ini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Zul Huzaimy Belum Fikir Soal Kahwin & Calon Isteri By Mohd Rohaizad. Published: 24.6.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...