CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Adegan Ghairah Asmara True Blood Ada Batas Lakonan


Adegan Ghairah Asmara Drama Bersiri True Blood Ada Batas Lakonan Walaupun Suami Isteri Sebenar

Pelakon hollywood Anna Paquin mengakui dia mengetahui batas-batasnya ketika melakonkan adegan ghairah asmara dengan suaminya Stephen Moyer dalam drama bersiri puntianak di HBO True Blood. Kata Anna Paquin, saat-saat indah dan adegan asmara yang dipaparkan menerusi siri itu perlu ada batasnya walaupun ia dilakukan bersama suami sebenar.

Bagi saya ia agak pelik apabila adegan berahi asmara yang keterlaluan bersama suami sendiri untuk sebuah drama perlu dilakukan di hadapan krew atau orang ramai, kata Anna Paquin kepada majalah V seperti dipetik portal new kerala.com.

Gambar Anna Paquin Dan Suaminya Stephen Moyer - Adegan Ghairah Asmara True Blood Ada Batas Lakonan
Gambar Anna Paquin Dan Suaminya Stephen Moyer - Adegan Ghairah Asmara True Blood Ada Batas Lakonan

Tambah Anna Paquin, apabila melakonkan sesuatu watak adegan lucah yang keterlaluan terutamanya untuk aksi di ranjang, Anna Paquin mempunyai perasaan curiga untuk melakukannya di hadapan khalayak ramai. Apabila kita berada di sesuatu lokasi dengan orang yang kita cintai akan ada satu perasaan bolehkah saya menyentuhnya di sini? Dalam hal ini saya tahu batas-batas yang perlu dilakukan, kata Anna Paquin mengakhiri perbualan bersama media hiburan. -MStar.

Tengok Video True Blood - Adengan Ghairah Asmara Yang Kontroversi Di Youtube Channel True Blood.





mohdrohaizad.com - Dulu penulis tidak miss tengok drama bersiri True Blood di Astro, tetapi kini sudah berkurangan kerana mood cerita tidak seperti diawal musim yang boleh membuat penulis teruja menunggu sirinya. Adakah adengan ghairah asmara di True Blood keterlaluan? Bagi penulis ia bergantung kepada penonton jugaklah, kalau cerita hollywood memang tidak terlepas adegan lucah sebegitu kan?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Adegan Ghairah Asmara True Blood Ada Batas Lakonan By Mohd Rohaizad. Published: 26.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...