CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Akad Nikah: Noh Hujan & Mizz Nina Majlis Perkahwinan


TAHNIAH! Akad Nikah: Noh Hujan & Mizz Nina Majlis Perkahwinan Resepsi Persandingan.

Setelah lapan bulan bertunang, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 27 tahun, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 31 tahun. Majlis pernikahan mereka dilakukan di kediaman keluarga Mizz Nina di Ukay Heights, Ampang, dekat sini. Pasangan pengantin baru ini dinikahkan sendiri oleh bapa Nina, Tan Sri Azman Hashim kira-kira pada pukul 10.20 malam, Jumaat.

Manakala bapa Noh Hujan, Salleh Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia Sdn Bhd, Datuk Adnan Alias bertindak sebagai saksi kepada kedua-dua pengantin artis Malaysia ini. Yang turut serta dalm menyaksikan upacara akad nikah itu ialah ibu Mizz Nina, Puan Sri Arishah Tuanku Maamor dan ibu Noh Hujan, Dayang Soraya Abang Fadzail.

Gambar Noh Hujan Mizz Nina Majlis Perkahwinan
Gambar Majlis Perkahwinan Noh Hujan & Mizz Nina

Pada majlis perkahwinan Noh Hujan & Mizz Nina, pihak lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88 berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak. Ia kemudiannya dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, “Playbook” dan cincin.

Kata Noh Hujan, dia bersyukur kerana akhirnya majlis pernikahan mereka berjalan dengan lancar dan berharap ia akan kekal sehingga ke akhir hayat mereka.

"Saya berdoa supaya kami kekal selamanya. Selepas ini kami merancang untuk berbulan madu di United Kingdom, Rome dan Maldives selama dua minggu.

"Percutian ini juga dikira sebagai masa rehat memandangkan jadual kerja kami begitu padat dengan aktiviti seni sebelum majlis ini (nikah)," kata Noh Hujan.

Gambar Noh Hujan Mizz Nina Majlis Akad Nikah
 Gambar Majlis Akad Nikah Noh Hujan & Mizz Nina

Walaubagaimanapun, Mizz Nina dan Noh Hujan belum memikirkan untuk memperolehi anak buat masa terdekat.

"Kalau nak diikutkan, kami merancang untuk menerima seorang anak selepas dua tahun perkahwinan kami bagi mengukuhkan kerjaya terlebih dahulu.

"Tetapi jika rezeki itu datang lebih awal, kami tidak menolak," ujar Mizz Nina berseri-seri.

Majlis Resepsi Noh Hujan & Mizz Nina

Pada majlis nikah itu, Noh Hujan mengenakan pakaian rekaan Shaiful Baharim manakala Mizz Nina mengenakan pakaian rekaan Lady Jane. Pada 3 Julai ini, majlis resepsi untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat akan diadakan di Hotel Shangri-La bertemakan Ungu Elegan. Kemudiannya, pasangan pengantin ini akan diraikan pada sebuah majlis resepsi berkonsep Jepun bersama pihak media dan rakan-rakan pada 6 Julai ini manakala majlis sambut menantu (sebelah lelaki) akan diadakan di Miri, Sarawak pada 15 Julai depan.

Pasangan pengantin baru ini bertemu pertama kali sewaktu sama-sama bekerjasama menyanyikan lagu Kurnia ciptaan Noh Hujan pada tahun 2008 dan cinta mereka mula berputik setahun selepas itu. -MStar.

Tengok Video Muzik Noh Hujan & Mizz Nina - Lagu Kurnia





Apa komen mohdrohaizad.com - Penulis dan para peminat mengucapkan TAHNIAH kepada Noh Hujan dan Mizz Nina kerana selamat majlis akad nikah, perkahwinan mereka. Semoga hubungan mereka bahagia dan kekal sepanjang hayat.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Akad Nikah: Noh Hujan & Mizz Nina Majlis Perkahwinan By Mohd Rohaizad. Published: 2.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...