CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Almy Nadia Patah Jari Kaki Sepak Pintu


Kesian! Almy Nadia Patah Jari Kaki Akibat Sepak Pintu.

Pelakon Almy Nadia Aminuddin Shah, 25 tahun, mengalami kecederaan apabila jari manis kaki kanannya patah akibat tersadung pada pintu di rumah keluarganya di Pulau Pinang, Sabtu lalu. Menurut Almy Nadia, dia sama sekali tidak menyangka bahawa kecederaan jari kakinya yang disangka terseliuh pada awalnya itu adalah kecederaan yang serius.

Saya sendiri pun tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku. Kaki saya hanya tersadung pada pintu dan saya sangka ia hanya terseliuh. Saya hanya pergi ke klinik dan malas hendak ke hospital untuk membuat pemeriksaan x-ray walaupun telah disuruh oleh orang tua saya. Malah, selepas kejadian itu, saya masih boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti keluar makan dengan keluarga, memandu kereta dan beli barang.


Almy Nadia Degil Buat X-Ray

Tambah Almy Nadia, kedegilannya yang enggan membuat pemeriksaan x-ray itu telah mengakibatkan kecederaan kakinya bertambah serius dan membengkak sehingga menyukarkan pergerakan. Bayangkanlah, selepas insiden itu, saya boleh pulang ke Kuala Lumpur dan sambung berlakon seperti biasa walaupun kaki saya terasa sakit. Pada Selasa lalu, kecederaan bertambah serius apabila kaki yang bengkak itu terlanggar pula kerusi sehingga memaksa saya melakukan pemeriksaan x-ray di hospital yang kebetulan berdekatan dengan lokasi penggambaran drama. Selepas pemeriksaan, doktor sahkan jari kaki saya memang patah. Kecederaan itu sudah melarat ke seluruh bahagian kaki sehingga mengakibatkan jangkitan pula, kata Almy Nadia yang masih lagi sakit.

Gambar Almy Nadia Seksi Hot Sebelum Patah Jari Kaki
 Gambar Almy Nadia Seksi Hot Sebelum Patah Jari Kaki

Walaubagaimanapun, demi komitmen drama bersiri Maahad Al-Amin arahan Raja Ahmad Alauddin yang sedang berlangsung kini, Almy Nadia enggan bercuti panjang dan sanggup berulang-alik ke lokasi penggambaran dengan bertongkat. Sakitnya memang Tuhan saja yang tahu tetapi saya tidak mahu bercuti panjang kerana ia akan menjejaskan jadual penggambaran drama itu.

Almy Nadia Pakai Tongkat

Esok atau lusa saya akan kembali ke lokasi penggambaran semula walaupun kaki berbalut dengan simen dan berjalan dengan menggunakan tongkat. Dalam pada itu, aktres drama Jangan Bunuh Matahariku ini sempat diusik tentang status sebenar hubungannya dengan aktor Fizz Fairuz yang dikhabarkan sudah berakhir.

Jawab Almy Almy Nadia: Saya tidak mahu komen apa-apa kerana tidak mahu membesar-besarkan hal itu. Hakikatnya, hanya kami saja tahu cerita sebenar. Memang hubungan kami renggang sekarang dan jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan komitmen kerja. Namun, kami masih berhubung dan tidak sampai ke tahap putus.

Almy Nadia Hampir Putus Cinta Dengan Fizz Fairuz?

Mendengarkan reaksi tersebut, Almy Nadia terus diasak adakah dia cuba menyembunyikan cerita sebenar tentang status hubungan mereka? Beritahunya, selepas pelbagai kontroversi tentang hubungan mereka diperkatakan kebelakangan ini, dia sudah malas untuk memberikan sebarang komen atau terlibat dengan kemelut tersebut.

Saya malas hendak fikir sebab itu saya tak kuasa hendak beri apa-apa komen ketika pihak media mencari saya berkenaan cerita Fizz bermain kayu tiga dan sebagainya. Saya tidak mahu dianggap artis yang bodoh kerana sibuk bercerita dan terbabit dalam kancah kontroversi yang tidak memberikan manfaat. Tidak semua cerita kita boleh kongsi kepada umum, biarlah saya saja yang tahu, kata Almy Nadia mengakhiri perbualan. -MStar.

Tengok Video Almy Nadia Seksi Cun Photoshoot Majalah Maskulin.





mohdrohaizad.com - Kesian apabila penulis dapat tahu yang Almy Nadia patah jari kaki akibat tersepak pintu, itulah jangan ganas sangat ya Almy Nadia, semoga cepat sembuh ya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Almy Nadia Patah Jari Kaki Sepak Pintu By Mohd Rohaizad. Published: 21.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...