CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Anak Raja Penjarakan Bondanya (Selangor) Disebabkan Harta


Betul Ke Anak Saudara Raja Sultan Selangor Penjarakan Bondanya Disebabkan Harta?

Mahkamah Tinggi Malaysia telah memberi kebenaran kepada Putera Azamuddin Shah Abdul Shah, anak saudara Sultan Selangor, memfailkan permohonan komital untuk memenjarakan bondanya sendiri kerana didakwa mengingkari perintah mahkamah. Kebenaran itu diberikan pada 23 Jun 2011 yang lepas dan permohonan itu sepatutnya didengar hari ini di hadapan Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah.

Peguam Datuk Rajan Navaratnam yang mewakili Putera Azamuddin Shah memberitahu pemberita bahawa hakim menetapkan 26 Julai 2011 ini untuk perbicaraan kes itu disebabkan peguam yang mewakili, Tengku Putri Arafiah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang merupakan adinda Sultan Selangor, tidak hadir ke mahkamah.

Gambar Sultan Selangor
 Isu Keluarga Kerabat Sultan Selangor - Kes Saman Tuntutan Harta

Pada 8 Jun 2011 yang lepas, Putera Azamuddin Shah telah memohon perintah komital itu kerana bondanya itu gagal menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd berjumlah RM2 juta. Mengikut notis usul, Putera Azamuddin Shah berkata, mahkamah telah membenarkan permohonannya untuk perintah pelaksanaan spesifik pada 19 April lalu dan bondanya dikehendaki menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham itu dalam tempoh lima hari selepas itu.

Walaubagaimanapun, beliau mendakwa bondanya sehingga kini dengan sengaja tidak berbuat demikian dan ia jelas mengingkari perintah mahkamah. Afidavit sokongan Putera Azamuddin Shah menyatakan bahawa bondanya telah bersetuju untuk membeli kesemua 100,000 unit saham miliknya dalam syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd. -Bernama.

Tengok Video Sultan Selangor Tiada Kuasa - Zaid Ibrahim.





Kesimpulan mohdrohaizad.com - Dunia-dunia.. kerana harta orang sanggup berbuat apa sahaja. Mengenai isu kes tuntutan saman diatas bolehlah kita mengambil pengajaran teladan bahawa apabila institusi keluarga telah hilang kemesraan dan pertimbangan pertalian darah maka hubungan anak dan ibu pun turut hilang disebabkan harta dunia. Wajar ke tidak anak saudara raja sultan Selangor penjarakan bondanya? Adakah tiada cara lain lagi selain membawa isu ini ke mahkamah? Penulis rela hilang semua harta di dunia demi restu seorang ibu, begitulah pendapat ikhlas penulis.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Anak Raja Penjarakan Bondanya (Selangor) Disebabkan Harta By Mohd Rohaizad. Published: 12.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...