CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

'Anugerah Ramadan' Nash Lagu Single Bulan Puasa


Perkembangan Terkini - 'Anugerah Ramadan' Nash Lagu Single Bulan Puasa.

Penyanyi lagenda kumpulan rock, Nash (Lefthanded) atau nama sebenarnya (Gambar) Jamaludin Elias berumur 51 tahun, mengajak peminat bermuhasabah diri apabila dia menampilkan “single” terbarunya berjudul Anugerah Ramadan yang bakal muncul sebelum bulan Ramadan ini. Lagu Anugerah Ramadan yang diterbitkan oleh Hijjaz Records itu dicipta sepenuhnya oleh Isman dari kumpulan Hijjaz.

Selepas lebih lima tahun tidak menghasilkan lagu baru, kali ini saya bakal muncul dengan lagu “Anugerah Ramadan” yang lebih menjurus kepada muhasabah diri dan mengingatkan kita kepada Allah. Biasanya jarang penyanyi tempatan yang tampil dengan lagu khusus untuk bulan Ramadan kerana pada saya bulan itu paling menginsafkan diri berbanding bulan Syawal. Tambah Nash: “Jadi, saya mengambil inisiatif ini atas pelawaan daripada kumpulan Hijjaz. Dalam bulan Ramadan ini, kita digalakkan bermaaf-maafan dan bertaubat serta menjaga amalan yang baik.”

Gambar Majlis Perkahwinan Anak Nash Fareena Nasha dan A Rahman Fauzi
 Gambar Majlis Perkahwinan Anak Nash, Fareena Nasha & A Rahman Fauzi

Pada 15 Julai lalu, Nash baru sahaja menerima menantu apabila anak sulungnya, Fareena Nasha, 23 tahun, dinikahkan dengan A Rahman Fauzi, 26 tahun, di Masjid Negeri Shah Alam. Nash yang menikahkan sendiri pasangan tersebut akui terharu memandangkan dia berjaya membesarkan anaknya dan menunaikan tanggungjawab sebagai bapa tunggal selepas berpisah dengan isteri pertamanya.

Saya rasa terharu kerana anak saya sudah besar dan syukur alhamdulillah kerana segala-galanya berjalan dengan lancar. Saya rasa seperti sudah lepas tanggungjawab apabila dia sudah berkahwin dan mendoakan mereka hidup bahagia hingga ke akhir hayat,” katanya yang melangsungkan majlis resepsi perkahwinan anaknya itu di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam pada Sabtu lalu.

Walaubagaimanapun, Nash memohon maaf kepada rakan-rakannya yang tidak dijemput kerana tidak mempunyai maklumat untuk menghubungi mereka. Saya seronok dapat bertemu dengan kawan-kawan lama dan ramai juga yang datang pada hari itu tetapi saya mohon maaf kerana ada juga yang terlepas pandang dan mungkin tidak dijemput disebabkan saya tidak mempunyai nombor telefon dan alamat mereka.

Gambar Nash Bersama Anak & Keluarganya Semasa Di Majlis Pernikahan Anaknya Baru-Baru Ini
 Gambar Nash Bersama Anak & Keluarganya Semasa Di Majlis Pernikahan Anaknya Baru-Baru Ini

Pada mulanya saya bercadang untuk menjemput rakan-rakan dan saudara-mara terdekat sahaja tetapi tidak sangka pula 5,000 orang yang datang pada hari itu, ujar Nash dalam majlis perkahwinan yang turut dihadiri oleh bekas isterinya, Hayati Mohamad Yusof, 46 tahun.

Menyelit sedikit tentang kehidupan peribadi Nash, dia yang pernah gagal dua kali dalam perkahwinan tidak menolak jodoh sekiranya diizinkan Allah. Saya bersyukur dengan kehidupan ini yang harus diteruskan walau apa pun yang berlaku dan saya tetap akan berusaha untuk mencari rezeki demi membesarkan dua lagi anak yang masih tinggal bersama-sama saya, kata Nash mengakhiri perbualan bersama media hiburan. -MStar.

Tengok Video Nash Lefthanded Lagu Ku Di Halaman Rindu Secara Live Konsert.





mohdrohaizad.com - Penulis mengucapkan tahniah buat Nash kerana anaknya berjaya selamat melangsungkan majlis perkahwinan baru-baru ini. Penulis dan para peminat tidak sabar untuk mendengar lagu single bulan puasa Anugerah Ramadan tidak lama lagi.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

'Anugerah Ramadan' Nash Lagu Single Bulan Puasa By Mohd Rohaizad. Published: 19.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...