CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Artis Berpesta Mengemping Sempena Musim Menuai Padi


Artis Malaysia Masuk Sawah Di Pesta Mengemping Sempena Musim Menuai Padi

Penduduk Kampung Dadong, Air Putih Kemaman, Terengganu berhak untuk merasa teruja dan gembira kerana tarikh 29 Julai ini sekumpulan artis-artis popular dari Kuala Lumpur akan berkampung di laman mereka untuk menjayakan Pesta mengemping sempena dengan musim menuai padi.

Program untuk merapatkan rakyat dengan kumpulan artis ini dikendalikan oleh artis popular tanah air Hattan. Seperti yang diketahui banyak Hattan adalah antara artis tempatan yang sering mengadaptasikan kehidupan desa dalam karya seninya jadi bertepatan dia menganjurkan program sebegini.

Niat murni Hattan bersama teman artis untuk mendekati masyarakat desa tidak sendirian kerana Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik telah menyatakan persetujuan untuk bersama turun padang demi mendekati denyut nadi rakyat di desa.

Gambar Ramli Sarip Papa Rock Malaysia Artis Berpesta Menuai Padi
Gambar RAMLI SARIP bersama Hattan, Black, Lina AF9, Zarina AF, Yus Maharajalawak, Achong dan Rudy Kristal bakal menghiburkan penduduk Kampung Dadong, Kemaman, Terengganu bermula pukul 8 malam ini.

Antara nama-nama besar dalam industri hiburan tempatan yang telah mengesahkan untuk bertandang ke Kampung Dadong adalah Ada Band, Black Mentor, Lina AF 9, Zarina AF, Yus Maharajalawak, achong dan Rudy Kristal.

"Program Pesta mengemping diisi dengan aktiviti bertemu penduduk, sukan rakyat dan berakit. Motifnya hanya satu iaitu mendekatkan artis dengan penduduk desa dan pada masa yang sama mendengar dan mengambil pendapat mereka tentang apa-kejadian.

"Bagi saya program seperti ini boleh mengubah persepsi negatif terhadap artis yang selama ini dicap sebagai pengejar populariti, selain artis dikatakan kurang ramah dengan peminat di desa. Dengan ada program seperti ini diharapkan artis tidak dipandang serong lagi," jelas Hattan tentang motif program anjurannya itu .

Tambah penyanyi itu lagi: "Program ini juga ingin mendekati anak-anak muda demi memperbaiki arah mereka. Kalau mereka tertarik dengan bidang seni, kami akan memberikan panduan yang benar. Kelas gitar ini akan diadakan pada hari tersebut dan ia akan dikendalikan oleh Rudy dari kumpulan kristal. "

Gambar Hattan Artis Berpesta Menuai Padi
Gambar Hattan - Artis Berpesta Mengemping Sempena Musim Menuai Padi

Artis-artis yang bertandang ke Kampung Dadong akan dilibat sama dalam acara sukan rakyat dan acara-acara lain yang dianjurkan sempena dengan Pesta mengemping ini.

Hattan juga berterima kasih kepada Shabery Chik yang kebetulan merupakan Ahli Parlimen Kemaman kerana menyokong program yang dianjurkannya ini.

Puncak program Pesta mengemping nanti adalah Konsert Rakyat, di mana persembahan para artis akan dilakukan di dalam sawah. Orang ramai yang menonton konsert ini nanti tidak akan dikenakan bayaran.

"Motif pemilihan sawah sebagai laman konsert adalah untuk mengingatkan artis yang dibawa, bahawa tanah sawah inilah yang menjadi penyebab rezeki penduduk Kampung Dadong. Konsert ini disediakan seperti konsert berbayar di Jakarta bezanya tidak bayaran dikenakan," jelas Hattan lagi.

Penyanyi kelahiran Seri Menanti, Negeri Sembilan ini juga merancang untuk mengadakan program seperti ini di beberapa negeri lagi. Hattan juga menyambut jika ada pihak yang ingin bekerjasama untuk menjayakan program sebegini. -Kosmo!

mohdrohaizad.com - Selamat menyambut pesta mengemping sempena musim menuai padi di Terengganu. Jangan lepas peluang untuk beramah mesra dan berpesta dengan artis-artis kesayangan anda di Kampung Dadong, Air Putih Kemaman, Terengganu pada 29 Julai ini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Artis Berpesta Mengemping Sempena Musim Menuai Padi By Mohd Rohaizad. Published: 29.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...