CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Awan Nano Lagu Terbaik APM2011


Hafiz AF7 - Awan Nano Juara Lagu Terbaik Anugerah Planet Muzik (APM) 2011.

Tahniah! Lagu nyanyian Hafiz AF7, Awan Nano dinobatkan sebagai Lagu Terbaik dan Lagu Terbaik Malaysia di Anugerah Planet Muzik (APM) 2011 di Max Pavillion Singapore Expo, Singapura, malam Sabtu. Selain itu, majlis Anugerah Planet Muzik tersebut turut menyaksikan kemenangan daripada artis Singapura iaitu Hady Mirza yang membolot tiga anugerah iaitu Artis Singapura Paling Popular, Lagu Singapura Paling Popular dan Lagu Serantau Paling Popular menerusi lagu Angkasa.

Artis tempatan lain yang turut mengungguli anugerah masing-masing adalah Faizal Tahir yang merangkul kategori Artis Lelaki Terbaik.Sementara Dayang Nurfaizah dengan pasangan duetnya iaitu penyanyi dari Indonesia, Marcell memenangi kategori Kolaborasi Terbaik menerusi lagu Sayang. Biarpun tewas menerusi kategori Kolaborasi Terbaik, Datuk Siti Nurhaliza masih mampu tersenyum lebar dengan kemenangannya buat kali ke-10 sebagai Artis Serantau Paling Popular.

Gambar Awan Nano Lagu Terbaik APM 2011
 Gambar Awan Nano Menang Lagu Terbaik APM 2011 - Hafiz AF7

Dalam pada itu, lagu yang sedang popular di corong radio iaitu Kalau Berpacaran nyanyian Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan dan Altimet merangkul kategori Vokal Terbaik (Duo/Kumpulan Baru). Gabungan tiga suara hebat iaitu Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah juga membawa tuah kepada mereka apabila dinobatkan sebagai Duo/Kumpulan Terbaik menerusi album 3 Suara. Buat pertama kalinya, penyanyi baru meningkat naik iaitu Amanda Imani memenangi kategori Vokal Terbaik (Artis Baru Wanita) menerusi lagu Selamilah Cinta.

Anugerah yang memberi pengiktirafan kepada penggiat muzik dari tiga buah negara, Singapura, Malaysia dan Indonesia itu dianjurkan oleh Mediacorp dan Beyond Events dengan kerjasama Astro Ria, sebagai penyiar rasmi di Malaysia. Majlis tersebut dihoskan oleh pelakon dan pengacara Didie Alias bergandingan dengan dua pengacara Singapura, Fizo O dan Adi Rahman.

Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik (APM) 2011

Album Terbaik
Energi (Kotak)
Artis Lelaki Terbaik
Faizal Tahir (Adrenalin)
Artis Wanita Terbaik
Rossa (Harmoni Jalinan Nada & Cerita)
Lagu Terbaik
Awan Nano (Hafiz)
Vokal Terbaik (Artis Baru Lelaki)
Sandhy Sondoro (Bunga Mimpi)
Vokal Terbaik (Artis Baru Wanita)
Amanda Imani (Selamilah Cinta)
Vokal Terbaik (Duo/Kumpulan Baru)
Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan & Altimet (Kalau Berpacaran)
Duo/Kumpulan Terbaik
Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah (3 Suara)
Lagu Serantau Paling Popular
Angkasa (Hady Mirza)
Artis Serantau Paling Popular (Selama Lebih Sedekad)
Datuk Siti Nurhaliza
Kolaborasi Terbaik
Dayang Nurfaizah & Marcell (Sayang)
Lagu Singapura Paling Popular
Angkasa (Hady Mirza)
Artis Singapura Paling Popular
Hady Mirza
Lagu Terbaik Singapura
Lagu Teman (The Lion Story feat Zahidah)
Lagu Terbaik Malaysia
Awan Nano (Hafiz)
Lagu Terbaik Indonesia
Cintailah Aku Sepenuh Hati (Ari Lasso)
Anugerah Khas Planet Muzik
Melly Goeslaw

Tengok Video Persembahan Datuk Siti Nurhaliza - Juara Artis Serantau Paling Popular (Selama Lebih Sedekad) Anugerah Planet Muzik (APM) 2011





Komen mohdrohaizad.com - Tahniah kepada Hafiz AF7 yang berjaya memenangi 2 kategori lagu terbaik untuk Awan Nano. Tahniah juga kepada para pemenang yang berjaya. Teruskan usaha menaikkan lagi industri seni hiburan Malaysia.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Awan Nano Lagu Terbaik APM2011 By Mohd Rohaizad. Published: 16.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...