CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Ayah Fizo Omar Meninggal Dunia - Takziah


 Ayah Pelakon Fizo Omar Meninggal Dunia, Takziah Diucapkan.

Pelakon Fizo Omar memberitahu, arwah bapanya, Wan Omar Wan Ishak yang berumur 71 tahun telah meninggal dunia, Selasa yang lalu teah amanahkan “sesuatu” agar dia menyimpan barang tersebut sehingga ke sepanjang hayatnya. Fizo Omar yang dihubungi media, Selasa lalu berkata, ketika dia pulang ke kampungnya di Selising, Pasir Puteh, Kelantan kira-kira dua yang minggu lalu, ayahnya telah memberikan wasiat berkenaan yang seolah-olah menggambarkan dia akan pergi buat selama-lamanya. Saya terkejut apabila ayah berkata macam itu kepada saya. Dia minta saya menyimpan barang itu elok-elok. Pada waktu itu dia sihat tetapi saya sudah rasa lain macam, kata Fizo Omar yang enggan mendedahkan apakah amanah wasiat benda berkenaan.

Gambar Ayah Fizo Omar Meninggal Dunia
 Gambar Fizo Omar, Pelakon Kacak Artis Malaysia

Arwah bapa Fizo Omar yang berniaga kecil-kecilan di kampung meninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah hari, Selasa lalu, di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan akibat ketumbuhan pada usus. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Melor, Kota Baharu selepas solat Isyak hari yang sama. Menurut Fizo Omar lagi, ketika mendapat berita sedih itu dia berada di Kuala Lumpur dan sememangnya sedang bersiap-sedia untuk pulang ke kampung kerana mahu mengotakan janjinya membawa ayahnya mendapatkan rawatan pakar. Tapi katanya, hasrat tersebut tidak terlaksana kerana dia meninggal dunia pada hari yang dijanjikan itu.

Saya sepatutnya balik ke kampung hari ini (Selasa) untuk membawa dia berjumpa doktor. Tapi saya terkejut apabila kakak saya di kampung memberitahu ayah sudah tiada lagi, ujar Fizo Omar. Sehubungan itu menurut Fizo dia terpaksa mengambil cuti selama seminggu untuk menguruskan beberapa perkara yang berkaitan sebelum mengakhiri perbualan bersama wartawan. -MStar.

Tengok Video Fizo Omar Di Ketuk-Ketuk Ramadhan Bersama Sheila Rusly.





Apa kata mohdrohaizad.com - Penulis dan para peminat industri seni mengucapkan Takziah buah Fizo Omar dan keluarga diatas kematian arwah Wan Omar Wan Ishak. Penulis harap Fizo banyak bersabar dan tabah, semoga roh arwah yang meninggal dunia dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Ayah Fizo Omar Meninggal Dunia - Takziah By Mohd Rohaizad. Published: 6.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...