CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Cubaan Akhil Hayy - Program Dakwah & Terjah Orang Awam


Cubaan Akhil Hayy - Program Dakwah & Terjah Orang Awam Di Astro Oasis!

Pengacara dan pendakwah bebas popular Malaysia, Akhil Hayy telah muncul dengan program terbaru berjudul Cubaan yang menerjah orang awam sambil berdakwah. Program Cubaan itu akan disiarkan di Astro Oasis (saluran 106) pada setiap Sabtu, pukul 7.30 malam bermula 16 Julai ini.

Program Cubaan ini bukan sekadar terjahan dan merakamkan sesuatu keadaan dengan kamera tersembunyi, tetapi secara tak langsung tujuannya adalah untuk mendidik dan berdakwah kepada masyarakat. Kami sengaja menjadikan program Cubaan ini berbentuk santai dan spontan namun tidak bermakna hendak mengaibkan pihak tertentu di TV. Saya bukan nak tunjuk pandai, sebaliknya mahu memberikan penyelesaian dan kesedaran kepada masyarakat jika sesuatu insiden yang tidak diingini berlaku kepada keluarga dan diri-sendiri, jelas Akhil Hayy dalam satu sidang media di The Gardens, Mid Valley Megamall, di sini, Isnin.

Episod Cubaan Astro Oasis Akhil Hayy

Sepanjang sebulan menjalani rakaman program 13 episod itu di sekitar ibu kota, Akhil Hayy akui banyak pengalaman dan cabaran yang dihadapinya. Semasa kami meminta seorang kru wanita melakonkan sebagai wanita hamil yang mengerang kesakitan, kami lihat tiada masyarakat yang prihatin sehinggalah akhirnya muncul seseorang yang bukan Muslim mengambil tindakan dan meminta orang ramai menolong wanita itu.

Gambar Akhil Hayy Cubaan Program Dakwah Terjah Orang Awam Malaysia
 Gambar Akhil Hayy - Program Cubaan Di Astro Oasis 106

Selain itu, berlaku juga kejadian yang tidak diingini ketika kami menguji orang ramai dengan insiden seluk saku. Malangnya, salah seorang kru kami cedera di kepala akibat diserang oleh orang awam yang membantu mangsa pencuri itu, cerita Akhil Hayy. Jelas Akhil Hayy lagi, program yang pertama kali dilakukan berbanding sebelum ini benar-benar memberikan pendedahan baru dan membuatkan Akhil Hayy sentiasa beristighfar serta berhati-hati dengan kejadian yang tidak diingini walaupun sentiasa diawasi oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Polis.

Akhil Hayy yang merupakan suami kepada penyanyi Waheeda ini berharap agar program Cubaan akan menyingkap kebaikan sebenar dan memberikan contoh terbaik kepada masyarakat. Saya rasa sudah tiba masanya untuk pendakwah mendatangi masyarakat dan bukannya hanya berada di surau atau masjid kerana mungkin ada antara masyarakat yang terlepas pandang tentang beberapa insiden yang berlaku di sekeliling kita, kata Akhil Hayy lagi yang bakal muncul dengan album baru selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Akhil Hayy Keluar Album Hari Raya Aidilfitri

Menurut Akhil Hayy, album yang akan memuatkan dua buah lagu itu turut menampilkan kolaborasinya dengan penyanyi Mawi dan kumpulan Brothers menerusi lagu Ighfir Zdunubi (Ampunkan Daku) dan Subhanak (Maha Suci Engkau) yang digubah sendiri oleh Akhil dan isterinya. Selain itu, Akhil Hayy turut sedang sibuk menguruskan perniagaan pakej umrah ke Mekah melalui syarikatnya, Akhil Network (AN) di Kajang sejak setahun lalu. -Mstar.

Tengok Video Promo Iklan Akhil Hayy Dalam Program Cubaan Di Astro Oasis.





Kesimpulan mohdrohaizad.com - Penulis menyokong usaha Akhil Hayy membuat program rancangan Cubaan yang memaparkan usaha dakwah Islam dan menerjah orang awam untuk melihat aksi secara spontan mereka dalam menyelesaikan masalah secara betul, dengan kata lain berfikir secara rasional. Semoga masyarakat Malaysia lebih prihatin dengan usaha Akhil Hayy dalam program Cubaan ini. Jangan lupa saksikan program Cubaan ini yang akan disiarkan di Astro Oasis (saluran 106) pada setiap Sabtu, pukul 7.30 malam bermula 16 Julai 2011 ini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Cubaan Akhil Hayy - Program Dakwah & Terjah Orang Awam By Mohd Rohaizad. Published: 12.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...