CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Diari Kampus Biru - Drama Terbitan Universiti Utara Malaysia (UUM)


Diari Kampus Biru - Drama Terbitan Universiti Utara Malaysia (UUM)

Industri perfileman tanah air Malaysia tidak pernah sepi daripada sebarang idea-idea bernas dalam melahirkan karya yang mempunyai kekuatan sendiri. Malah, lebih menarik lagi, institut pengajian tinggi awam (IPTA) turut tidak ketinggalan dalam membantu dan menyumbang ke arah pembangunan industri perfileman negara. Justeru, langkah Universiti Utara Malaysia (UUM) menerbitkan sebuah drama berjudul Diari Kampus Biru melalui Uniutama Management Holding Sdn. Bhd., iaitu syarikat milik penuh UUM sendiri adalah sesuatu yang menarik. Diari Kampus Biru yang diilhamkan oleh Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak mengisahkan tentang cabaran hubungan percintaan antara dua orang pelajar di sebuah universiti tanah air dan juga Indonesia. Menurut Dr. Mohamed Mustafa, drama Diari Kampus Biru berkenaan merupakan satu langkah yang diambil untuk memperkenalkan UUM kepada orang ramai.

Gambar Diari Kampus Biru Drama Terbitan UUM
 Gambar Diari Kampus Biru - Drama Terbitan Universiti Utara Malaysia (UUM)

Diari Kampus Biru juga memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat sendiri persekitaran sebenar di UUM. Malah, ia juga merupakan satu alternatif untuk mempromosikan UUM, bukan sahaja di Malaysia malah boleh menarik minat pelajar daripada Indonesia untuk belajar di sini. Selain itu, drama Diari Kampus Biru ini juga memberikan pendedahan kepada staf akademik dan pelajar UUM dalam bidang komunikasi multimedia bagi mendalami selok belok produksi drama dan filem, katanya. Dr. Mohamed Mustafa juga berharap usaha tersebut bakal melahirkan lebih ramai lagi tenaga profesional yang diperlukan dalam industri kreatif negara yang mempunyai masa depan yang sangat cerah. Drama Diari Kampus Biru yang melibatkan kos perbelanjaan kira-kira RM100,000 itu juga mengetengahkan barisan pelakon tempatan seperti Wan Maimunah, Wan Nor Azlin dan Tomok selain penampilan bintang sinetron dari Indonesia, Fita Angela. -Utusan Malaysia.

mohdrohaizad.com - Tahniah kepada Universiti Utara Malaysia kerana berjaya menerbitkan drama Diari Kampus Biru. Diharap drama sulung keluaran UUM ini akan mendapat perhatian para penonton Malaysia dan pastikan drama itu berkualiti serta best. Penulis turut berharap yang UUM bukan sekadar syok sendiri sudah ya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Diari Kampus Biru - Drama Terbitan Universiti Utara Malaysia (UUM) By Mohd Rohaizad. Published: 29.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...