CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Dr Ahmad Idham Ketua Pengarah FINAS


Dr Ahmad Idham Ketua Pengarah Baru Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS)?

Pengarah dan penerbit filem Malaysia popular, Ahmad Idham Ahmad Nadzri (Dr Ahmad Idham) enggan mengulas mengenai desas-desus yang sekali lagi mengaitkan dirinya sebagai calon untuk jawatan Ketua Pengarah (KP) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang baru selepas kontrak Mohd Mahyidin Mustakim berakhir pada 30 Jun 2011 lalu. Menurut kenyataan Ahmad Idham, selepas kontroversi yang mencalarkan imej reputasinya kerana didakwa melobi untuk jawatan ketua pengarah Finas itu kecoh diperkatakan pada tahun 2010 yang lalu, Ahmad Idham lebih selesa untuk berdiam diri.

Saya susah hendak komen atau cakap banyak tentang desas-desus yang mengaitkan nama saya sekali lagi untuk jawatan Ketua Pengarah Finas itu. Selepas apa yang berlaku pada tahun lalu, saya lebih senang untuk berdiam diri selagi tiada pengesahan secara rasmi atau hitam putih mengenai pelantikan itu, kata Ahmad Idham kepada pihak wartawan hiburan. Tambah Ahmad Idham yang merupakan pengarah filem Senjakala ini, susulan kekecohan yang timbul di kalangan penggiat industri dan media mengenai jawatan tersebut, ia telah menampakkan imej yang negatif pada industri seni tanah air.

Gambar Dr Ahmad Idham Ketua Pengarah Finas
 Gambar Dr Ahmad Idham - Bakal Ketua Pengarah Finas?

Orang boleh cakap dan cerita apa saja tetapi bagi saya selagi kita tidak tahu siapa pun calon pilihan pihak kementerian, adalah lebih baik isu ini tidak digembar-gemburkan. Buat masa ini, memang saya tidak mendapat apa-apa pengesahan atau pertemuan secara rasmi dengan pihak kementerian. Sebaiknya kita berdiam diri dan menyerahkan kepada pihak berwajib untuk membuat keputusan mereka, kata Ahmad Idham yang tidak keberatan untuk menggalas cabaran Ketua Pengarah Finas jika diberi peluang.

Selepas kontrak Ketua Pengarah Finas yang dipimpin oleh Mohd Mahyidin Mustakim berakhir pada 30 Jun lalu, jawatan itu dipangku oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Finas, Fatimah Ahmad buat sementara waktu. Mohd Mahyidin Mustakim yang memegang jawatan itu selama empat tahun sepatutnya tamat kontrak pada 15 Ogos tahun 2010 yang lalu. Namun, kontrak tersebut diperbaharui dan dilanjutkan beberapa kali atas kepercayaan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim susulan siri kontroversi perebutan jawatan itu di kalangan penggiat industri. Dalam perkembangan lain, Ahmad Idham kini sedang sibuk menghabiskan baki penggambaran filem romantik terbaru arahannya iaitu Gerimis Mengundang di negeri Sabah. -MStar.

Tengok Video Penjelasan Ahmad Idham Terhadap Isu Kontroversi Persatuan Artis Seniman.





Kesimpulan mohdrohaizad.com - Ahmad Idham Ahmad Nadzri merupakan pengarah dan penerbit filem yang berbakat dan bercita-cita tinggi. Sering kali Ahmad Idham dikaitkan dalam perebutan dalam jawatan persatuan artis mahupun Finas. Adakah Ahmad Idham yang bakal bergelar Dr Ahmad Idham setelah tamat PhD nanti menjadi Ketua Pengarah Finas tahun ini?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Dr Ahmad Idham Ketua Pengarah FINAS By Mohd Rohaizad. Published: 15.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...