CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

DYMM Agong Titah Referandum Bebas Bersih & Adil?


Betul Ke DYMM Agong Akan Keluarkan Titah Tinjauan Pendapat Atau Referandum Bebas Bersih & Adil Di Malaysia?

Menteri Besar negeri Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menulis surat secara rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong mencadangkan kepada Seri Paduka menitah supaya diadakan tinjauan pendapat atau referendum bebas bagi mengetahui berapa ramai rakyat mahukan sistem pilihan raya yang bebas dan adil. Surat rasmi kerajaan negeri tersebut telah dihantar kepada Seri Paduka petang ini.

Seterusnya, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lagi, kesemua kehendak rakyat Malaysia ini perlulah dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau kerajaan Malaysia yang dilantik dengan perkenan Seri Paduka. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut berasa terharu dan menghargai dengan keprihatinan Seri Paduka yang sudi berjumpa dengan ahli jawatankuasa BERSIH pada 3 Julai yang lalu serta mengikuti perkembangan BERSIH.

Gambar Referandum Bebas Bersih Adil 2011

Menurut Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, memorandum yang akan dihantar kepada Seri Paduka mempunyai lapan perkara yang memohon baginda campurtangan bagi memastikan pilihan raya umum di negara Malaysia ini dilaksanakan secara adil, telus dan bersih. Kepincangan dan manipulasi proses pilihan raya sudah menjadi pengetahuan umum, semakin terdedah dan tersiar di media cetak dan elektronik, media maya dan blog. Sebagai seorang yang pencinta kebebasan bersuara, pejuang kebajikan rakyat, pemikir dan penulis yang prihatin tidak rela melihat perbuatan dan tindakan tidak bertanggungjawab ini terus dilakukan, kata menteri besar Selangor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dimanipulasikan?

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa, pilihan raya tidak jujur di negara Malaysia ini terjadi dalam beberapa bentuk seperti:

1. Memanipulasi kawasan persempadanan.

2. Jumlah perbezaan pengundi yang terlalu besar antara DUN dan Parlimen.

3. Penipuan senarai pengundi, penggunaan sumber dan jentera kerajaan secara berleluasa.

4. Penyamaran dan penukaran kotak undi.

5. Sistem undi pos yang menimbulkan tandatanya.

6. Waktu berkempen yang singkat; dan

7. Laporan media yang berat sebelah.

Menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menambah, memorandum rakyat yang akan diserahkan kepada Seri Paduka Agong besok mengandungi suara rakyat terbanyak dan prihatin terhadap pilihan raya yang adil, bebas serta wajar diberi perhatian serius demi kelangsungan amalan demokrasi di negara ini. -Malaysiakini.

Tengok Video Bermesej BERSIH 2.0 Rally Di Kuala Lumpur 2011.





Apa komen mohdrohaizad.com - Penulis turut berharap yang DYMM Agong keluar titah tinjauan pendapat atau referandum yang lebih bebas, bersih dan adil di Malaysia. Seperti yang kita ketahui, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mudah dimanipulasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan politik dan peribadi yang antara lain cuba membuat tindakan-tindakan yang menguntungkan pihak kerajaan BN dan memomokkan dengan berita-berita yang berat sebelah serta memburukkan pihak pembangkang semuanya jahat belaka di semua media elektronik arus perdana. Adakah hanya kerajaan BN sahaja yang kononnya baik dan layak memimpin Malaysia? Penulis tidak memihak mana-mana parti politik di Malaysia, sebagai rakyat Malaysia yang memerhati dan mendengar, penulis mempunyai hak untuk menegur kritik pihak kerajaan Barisan Nasional mahupun kerajaan Pakatan Rakyat jika mereka membuat tindakan yang tidak baik kepada negara Malaysia tercinta ini, penulis mahukan Malaysia benar-benar adil demokrasi dan BERSIH dalam kepimpinan negara.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

DYMM Agong Titah Referandum Bebas Bersih & Adil? By Mohd Rohaizad. Published: 9.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...