CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Ekin Hamil Mengandung, Mawi Jual Banglo


Tahniah! Ekin Hamil Mengandung, Mawi Tidak Jual Rumah Banglo!

Penyanyi Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi mengakui isterinya Nora’Asikin Rahmat atau Ekin kini hamil mengandung 7 minggu selepas berkahwin hampir tiga tahun lalu. Mawi berkata, dia dan Ekin mengetahui berita gembira itu setelah membuat pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Bangi, Selangor kira-kira dua minggu lalu. Kami telah berjumpa dengan doktor dua minggu yang lalu, selepas mendapati kitaran haid Ekin tidak normal seperti biasa dan doktor mengesahkan Ekin hamil mengandung sulung 7 minggu.

Namun Mawi tidak berani untuk bercakap banyak kerana ia masih lagi terlalu awal untuk diperkatakan sebab dalam tempoh seawal itu macam-macam boleh terjadi, kata Mawi dengan gembira ketika ditemui semasa rakaman Konsert Raya 1 Malaysia Muzik FM di sini, Selasa. Jelas Mawi lagi, buat masa ini doktor menasihatkan agar Ekin mendapat rehat yang secukupnya dan tidak banyak bergerak. Ekin dinasihatkan agar banyak berehat bagi menjaga kandungannya. Lagi pula dia pernah mempunyai sejarah keguguran dua kali, tambah Mawi berharap kali ini dapat menjadi ayah.

Gambar Ekin Hamil Mengandung Mawi Jual Banglo
 Gambar Ekin Hamil Mengandung, Mawi Tidak Jual Banglo

Ketika ditanya tentang perasaan Mawi yang bakal bergelar bapa, Mawi berkata dia bersyukur dan gembira dengan berita tersebut. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan gembira. Ini mungkin rezeki selepas menunaikan umrah pada bulan April lalu, Saya berharap peminat dan masyarakat mendoakan agar semuanya selamat, kata Mawi yang tidak berharap kepada jantina bayi tersebut.

Sementara itu, ketika ditanya tentang khabar angin bahawa dia ingin menjual rumah banglonya yang terletak kawasan kelab golf di Bangi, Mawi berkata ia adalah tidak benar sama sekali. Saya tidak pernah terfikir untuk jual rumah saya itu. Gosip tersebut tidak benar sama sekali, kata Mawi menjawan desas-desus berkenaan berikutan prestasi kerjayanya yang dilihat semakin merudum dan Mawi mengalami masalah kewangan sejak tidak laku seperti dahulu. -MStar.

Tengok Video Ekin Seksi Cantik Dipilih Mawi Sehingga Tinggalkan Tunangnya Diana Naim Selepas Popular.





Kesimpulan mohdrohaizad.com - Penulis mengucapkan tahniah kepada Mawi dan Ekin yang hamil mengandung. Semoga kali ini Mawi dan Ekin dikurniakan anak setelah 3 tahun berkahwin. Penulis juga berharap yang Ekin akan dapat melahirkan anaknya nanti dengan selamat. Penulis juga menasihatkan Mawi bersabar tentang khabarnya jual banglo disebabkan masalah kewangan, tetapi kalau dah tidak mampu tu jual saja rumah berkos tinggi tu, jangan jadi biar papa asal bergaya ya Mawi. Kami para peminat industri seni sentiasa berdoa kebaikan kepada Mawi dan Ekin.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Ekin Hamil Mengandung, Mawi Jual Banglo By Mohd Rohaizad. Published: 13.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...