CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Farah (AF2) Majlis Pernikahan Perkahwinan Atas Kapal


Betul Ke Farah (AF2) Majlis Pernikahan Perkahwinan Di Atas Kapal?

Dengan sekali lafaz, penyanyi Farah Diana Anuar, 26 tahun, (Farah AF2) sah menjadi isteri kepada usahawan Johan Johari, 26 tahun, di atas kapal Cruise Tasik, di sini, selepas solat Jumaat. Pasangan pengantin ini dinikahkan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohd Datuk Sheikh Abd Aziz berwalikan bapa Farah AF2, Anuar Ali dengan mas kahwin RM2,500 dan wang hantaran RM25,185 sempena hari lahir Farah.

Turut sama menyaksikan majlis tersebut adalah ibu Farah AF2, Farizah Majid, ibu Johan, Salmah Sulaiman dan keluarga serta saudara-mara kedua-dua belah pihak. Farah AF2 menerima tujuh hantaran seperti cincin, gelang, iPad, minyak wangi, beg tangan manakala Johan mendapat sembilan hantaran seperti cincin, kek, sirih junjung, jam, tali pinggang, kemeja dan manisan. Farah AF2 dan Johan Johari sengaja memilih untuk bernikah di atas kapal untuk mencari kelainan berbanding pasangan lain yang lebih memilih untuk bernikah di masjid atau rumah.


Gambar Farah Af2 dan Johan Johari Majlis Pernikahan
 Gambar Farah Af2 & Johan Johari Majlis Pernikahan

Farah AF2 dan Johan Johari begitu teruja apabila mendengar idea daripada kawan kami, Afiq untuk melangsungkan majlis nikah ini di atas kapal kerana sebelum ini saya pernah juga bercita-cita untuk berkahwin atas kapal. Lagipun sebelum ini saya selalu menaiki bot ketika melakukan penggambaran program ‘Rasa Halal Orient’. Jadi, impian saya tercapai jua pada hari ini, kata Farah AF2 yang cantik menyarungkan busana moden berwarna putih rekaan Zery Zamry. Sebelum ini Farah AF2 banyak berahsia tentang hubungannya dengan Johan namun dia bersedia menceritakan semuanya di hari pernikahannya.

Kata Farah AF2, dia dan suami mula berjumpa pada tahun 2005 pada sebuah majlis di Bukit Jambul, Pulau Pinang. Di pendekkan cerita, Farah AF2 mula terpikat dengan senyuman Johan Johari apabila mereka selalu berselisih di Hotel Equatorial di situ yang biasanya menjadi lokasi percutian Farah AF2 dan keluarga, tambahan pula kawan Johan Johari merupakan penganjur acara itu. Saya rasa seperti jatuh cinta pandang pertama dengan Johan dan mula teringatkan dia selepas pulang dari acara itu.

Gambar Farah Af2 dan Johan Johari Majlis Perkahwinan
Gambar Farah Af2 & Johan Johari Majlis Perkahwinan Resepsi

Suatu malam, saya nampak dia berbual dengan abah di kedai makan. Selepas itu, saya menyamar menghubungi Johan menerusi telefon setelah mencuri nombor telefon daripada abah, cerita Farah AF2. Selang lebih sebulan menyamar, penyanyi lagu ‘Antara Dua’ itu menceritakan mengenai identitinya dan mereka mula berkawan sehinggalah bercinta empat bulan selepas itu.

Majlis Pertunangan Farah Af2 dan Johan Johari

Pada tahun 2008, Johan Johari melamar saya dan kami mengikat tali pertunangan pada tahun lepas. Saya tak sangka hubungan kami berkekalan hingga ke jinjang pelamin sedangkan pada mulanya saya tidak percaya dengan cinta jarak jauh setelah mendengar pengalaman orang lain. Namun hati saya kuat mengatakan dia jodoh saya apabila mendapati dia sangat sabar dan lebih menyayangi diri saya seadanya. Walaupun pernah sekali saya mendiamkan diri selama enam bulan, dia tetap setia menghubungi dan menghantar SMS kepada saya, ujar Farah AF2 yang juga merupakan pengacara ‘Ustazah Pilihan’ ini.

Gambar Farah Af2 dan Johan Johari Majlis Akad Nikah
Gambar Farah Af2 & Johan Johari Majlis Akad Nikah Di Atas Kapal

Sementara Johan Johari pula tertarik dengan sikap Farah AF2 yang menghormati dan pandai mengambil hati keluarganya serta mendengar kata. Saya tidak terlalu mengenali Farah AF2 sebelum ini walaupun dia sudah bergelar artis. Selepas mengenalinya baru saya menonton Farah di televisyen. Selepas ini, saya tiada halangan untuk membenarkan Farah meneruskan karier seninya. Dia akan mengikut tinggal bersama-sama saya di Pulau Pinang dan apabila mempunyai komitmen kerja baru dia akan berulang-alik ke Kuala Lumpur," ujar Johan.

Sebagai kejutan kepada suami, Farah turut mengumumkan percutian bulan madunya ke Maldives sebelum bulan Ramadan ini. Majlis resepsi perkahwinan sebelah pengantin perempuan akan berlangsung pada Sabtu di Pullman, di sini manakala sebelah pihak lelaki pada 24 Julai di Pulau Pinang. -MStar.

Tengok Video Farah AF2 Sebelum Bertudung - Ya Maulai.





Kesimpulan mohdrohaizad.com - Penulis dan para peminat mengucapkan selamat pengantin baru kepada Farah AF2 dan Johan Johari. Semoga majlis pernikahan perkahwinan resepsi Farah AF2 dan Johan Johari berjalan dengan lancar di atas kapal. Penulis turut mendoakan yang Farah AF2 dan Johan Johari bahgia dan gembira sehingga ke akhir hayat. Aminn..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Farah (AF2) Majlis Pernikahan Perkahwinan Atas Kapal By Mohd Rohaizad. Published: 15.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...