CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Filem Kabut Arahan Shuhaimi Lua Abdullah


Filem Pendek Kabut Arahan Pengarah Berbakat, Shuhaimi Lua Abdullah.

Pengarah kontroversi lewat filem pendek Chukang tak lama dulu, pengarah Shuhaimi Lua Abdullah pernah menguar-uarkan mahu mengarah filem pendek keduanya yang bertajuk Kabut. Filem ini sebagai kesinambungan kepada usaha Shuhaimi Lua Abdullah memperlihatkan hasil pengarahannya ke mata masyarakat. Walaubagaimanapun, hasrat Shuhaimi Lua Abdullah untuk mengarah filem cereka belum kesampaian lagi. Dia pernah diberi kepercayaan mengarahkan The Making of untuk filem-filem Tolong Awek Aku Puntianak dan Horey Horey.

Gambar Filem Kabut Faiz Fadzil
Gambar Faiz Fadzil Hero Filem Kabut

Kata Shuhaimi Lua Abdullah, nampaknya rezeki saya datang untuk mengarah The Making of terlebih dahulu. Saya sudah memberikan arahan terbaik untuk kerja-kerja yang diamanahkan kepada saya. Memandangkan rezeki pengarahan filem belum datang kepada saya, saya kena percepatkan usaha mengarah filem pendek kedua saya ni.
Gambar Filem Kabut Shuhaimi Lua Abdullah
 Gambar Pengarah Shuhaimi Lua Abdullah

Saya sudah simpan skrip filem pendek itu sekian lama dan kini sudah bersedia untuk memulakannya. Dulu saya belum temui lagi hero yang bakal membawakan watak utama filem ini. Sekarang saya sudah menjumpainya, kata Shuhaimi Lua Abdullah merujuk kepada pelakon baru Faiz Fadzil yang berjaya mencuri perhatiannya.

Faiz Fadzil merupakan salah seorang pelakon pembantu filem Horey Horey yang ditemuinya semasa mengarah The Making of... Horey Horey yang baru tamat penggambaran minggu lalu. Filem Horey Horey itu akan ditayangkan pada tahun 2012.

Gambar Pengarah Shuhaimi Lua Abdullah
 Gambar Pengarah Shuhaimi & Barisan Pelakonnya

Kini dia sedang berbincang dengan beberapa pihak untuk bekerjasama kerana Shuhaimi Lua Abdullah mahu menghasilkan sesuatu yang lebih bermutu berbanding filem Chukang untuk mengetengahkan namanya sebagai pengarah generasi baru yang berbakat dan dihormati dalam industri hiburan. -Manggaonline.

Tengok Video Youtube Filem Chukang Arahan Shuhaimi Lua Abdullah Yang Kontroversi.









Apa komen mohdrohaizad.com - Pengarah berbakat Shuhaimi Lua Abdullah buah tangannya semakin mendapat perhatian. Filem Kabut yang mengetengahkan hero baru Faiz Fadzil arahan Shuhaimi Lua Abdullah pasti tidak akan mengecewakan. Jangan lupa saksikanya pada tahun 2012 nanti.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Filem Kabut Arahan Shuhaimi Lua Abdullah By Mohd Rohaizad. Published: 3.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...