CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Filem Rock Ooo - Mamat Khalid Bikin Que Haidar Berlakon Kembali


Betul Ke Filem Rock Ooo - Mamat Khalid Bikin Que Haidar Berlakon Kembali?

Nampak Amy Mat Piah lakonan Que Haidar akan kembali ke pawagam. Mesti gempak filem rocker ini! Boleh dikatakan sebagai watak utama dalam filem Rock Ooo, tanpa Que Haidar atau Amy Mat Piah ini memang tak dalah filem rocker terhebat kesinambungan geng rockers  Rimba Bara! Filem Rock Ooo masih dalam penggambaran, kira tengah berjalan shootinglah.

Sinopsis Ringkas Filem Rock Ooo

Secara ringkasnya filem Rock Ooo ini menceritakan tentang Amy Mat Piah bersama Rimba Bara dan perjalanan industri rock pada masa itu. Mesti bestkan? Zaman gemilang rockers tahun 90-an akan berada dipawagam. Bukan senang nak tengok rambut mengerbang panjang macam pontianak lepas tu dengan seluar jeans kulit yang ketat sendat, orang lelaki plak yang pakai tu. Kalau zaman sekarang ini orang perempuan gadis yang pakai sampai juling mata tengok keseksian mereka. erk.. melencong pulak.

Gambar Filem Rock Ooo Que Haidar Pekin
 Gambar Que Haidar & Pekin - Filem Rock Ooo

Que Haidar kembali berlakon setelah berjaya dipujuk oleh Khir Rahman, yang berperanan sebagai orang tengah menarik Que Haidar yang kononya nak bersara dari lakonan selamanya. Dengan bantuan skrip filem Rock Ooo yang best telah menarik perhatian Que Haidar yang teringin hendak berlakon watak Amy Mat Piah yang glamor lawak rock gitu.

Tengok Video Imbas Kembali Filem Rock Lakonan Que Haidar Babak Lagu Dari Sinar Mata.





Apa komen mohdrohaizad.com - Penulis tidak sabar menanti untuk tengok filem Rock Ooo. Pengarah Mamat Khalid pasti tidak akan mengecewakan para penonton untuk melihat Amy Mat Piah lakonan Que Haidar yang kembali berlakon setelah lama merajuk dan benci dengan dunia seni. Sama-sama kita nanti filem Rock Ooo yang bakal ditayangkan pada tahun 2012.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Filem Rock Ooo - Mamat Khalid Bikin Que Haidar Berlakon Kembali By Mohd Rohaizad. Published: 10.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...