CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Fyka Zainudi Mahu Jadi Bintang Filem Terkenal


Fyka Zainudi Mahu Jadi Bintang Filem Terkenal

Fyka Zainudi atau nama sebenarnya Nur Afiqah Zainudi (gambar) mungkin tidak pernah disebut dalam industri hiburan tanah air. Namun, Fyka Zainudi, nama gadis yang berusia 19 tahun ini sudah sinonim dengan dunia peragaan modelling yang telah diceburinya setahun lalu.

Kesibukannya sebagai seorang model tidak pernah membuatkan dia lalai dan lupa dengan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar rekaan grafik di Cosmopoint, Sungai Petani, Kedah. Walaupun aktif dalam bidang peragaan, pelajaran Fyka Zainudi tidak pernah abaikan. Setakat ini saya mengambil kursus sijil selama dua tahun dan insya-Allah saya akan menyambung pengajian jurusan rekaan grafik ke peringkat yang lebih tinggi pula selepas ini,” ujarnya yang menjadikan model antarabangsa, Tyra Banks sebagai rujukannya.

Gambar Fyka Zainudi Seksi Hot Mahu Jadi Bintang Filem Terkenal
Gambar Fyka Zainudi Seksi Hot Mahu Jadi Bintang Filem Terkenal

Tambah Fyka Zainudi yang pernah menjadi juara Miss Tesco 2010 di Seberang Jaya, Pulau Pinang, Tyra banyak memberikan inspirasi ke dalam dirinya setiap kali beraksi di depan kamera. Walauagaimanapun kata Fyka Zainudi, kerjaya sebagai model sekadar kerja sampingannya untuk memperoleh ‘duit poket’ lebih.

Sementara itu, Fyka Zainudi gadis jelita ini juga menyimpan cita-cita untuk menjadi pelakon terkenal kerana turut meminati bidang berkenaan. Nak ikutkan saya belum ada apa-apa pengalaman dalam lakonan tetapi ia tidak mematahkan semangat saya untuk bergelar pelakon yang berjaya satu hari nanti.

Cuma saya pernah menjadi pelakon tambahan untuk beberapa drama serta filem Papadom 2. katanya. Kata Fyka Zainudi lagi, dia begitu kagum dengan kehebatan pelakon Diana Danielle, Juliana Evans dan Scha Al-Yahya dalam menghayati setiap watak yang mereka bawakan. Menyedari bukan mudah untuk bergelar artis, Fyka percaya jika ada usaha gigih pasti dia mampu untuk mencapai impian itu. -MStar.


mohdrohaizad.com - Terus usahamu Fyka Zainudi yang seksi hot ni mahu menjadi bintang filem Malaysia yang terkenal. Cuma dinasihatkan jangan menjual body badan Fyka Zainudi untuk cepat popular glamor sudah ya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Fyka Zainudi Mahu Jadi Bintang Filem Terkenal By Mohd Rohaizad. Published: 25.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...