CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Gua Kristal Superman Jadi Warisan Dunia - Mexico


Gua Kristal Superman Didesak Jadi Warisan Dunia - Mexico

Di kawasan lombong Naica, Mexico - Sebuah gua yang mengandungi kristal gipsum berwarna putih kelihatan mirip gua di dalam komik mengenai kisah adi wira, Superman yang ditemui di sini dicadangkan dijadikan warisan dunia, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Gua itu ditemui dua pelombong sepuluh tahun lalu dan dianggap fenomena ajaib di dunia.

"Ia salah sebuah daripada keajaiban dunia," kata seorang ahli geologi dari Institut Andaluz de Las Ciencias de la Tierra, Juanma Garcia Ruiz yang mengkaji lombong berkenaan.

Gambar Gua Kristal Superman Jadi Warisan Dunia Di Mexico
 Gambar Gua Kristal Mirip Komik Superman Jadi Warisan Dunia Di Mexico

"Gua itu merupakan sesuatu yang mengagumkan dan masih terdapat orang di Mexico yang tidak mengetahui betapa pentingnya ia dipelihara sebaik mungkin," tambahnya.

Pembentukan batang-batang umpama kristal itu yang terletak 290 meter di bawah permukaan Bumi terjadi apabila air yang amat panas menjadi sejuk dan tepu bersama gipsum.

Ia umpama gua yang terdapat dalam komik Superman yang dikenali sebagai Fortress of Solitude. - Agensi.

mohdrohaizad.com - ternyata fantasi yang terdapat dalam komik adiwira Superman iaitu Fortress of Solitude sememangnya wujud di dunia iaitu di negara Mexico. kalau mengikut cerita dalam Superman, gua kristal itu terdapat di Artic tetapi semua ciptaan agungnya itu adalah kerana kuasa Allah SWT kan? Pelik tetapi benar..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Gua Kristal Superman Jadi Warisan Dunia - Mexico By Mohd Rohaizad. Published: 29.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...