CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Guru Sandaran GSTT Menang Saman Kerajaan Malaysia


 Tahniah! Guru Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Menang Saman Kerajaan Malaysia!

Seorang wanita yang kehilangan jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) kerana hamil dua tahun yang lepas hari ini berjaya dalam tuntutan samannya terhadap kerajaan Malaysia apabila Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa Noorfadilla Ahmad Saikin layak dan berhak dilantik untuk jawatan tersebut. Hakim Datuk Zaleha Yusof yang membuat keputusan itu dalam kamarnya juga memerintahkan bahawa tindakan defendan-defendan pada 12 Januari 2009 untuk membatalkan pelantikan plaintif, Noorfadilla Ahmad Saikin, 29 tahun, sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) adalah tidak berperlembagaan, tidak sah dan terbatal dengan sendirinya.

Noorfadilla Ahmad Saikin yang berasal dari Kajang yang memfailkan saman pemula pada 7 Mei 2010 menamakan pegawai khas Kumpulan Guru Simpanan Kerajaan (KGSK) Chayed Basirun, pegawai pelajaran Daerah Hulu Langat Ismail Musa, dan Pengarah Pelajaran Selangor Dr Zahri Aziz (bekas) sebagai defendan. Turut dinamakan sebagai defendan ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Menteri Pelajaran dan Kerajaan Malaysia.

Laporan Bernama Online menyebut, hakim turut memerintahkan bahawa kesemua defendan perlu membayar kepada plaintif kos, ganti rugi am dan faedah pada kadar lapan peratus setahun sehingga tarikh penyelesaian penuh serta taksiran ganti rugi am dibuat oleh kesemua defendan kepada plaintif. Peguam Edmund Bon yang mewakili anak guamnya Noorfadilla Ahmad Saikin ketika ditemui pemberita kemudiannya berkata Hakim sangat berpuas hati bahawa anak guamnya berhak untuk merujuk kepada perkara Konvensyen Untuk Menghapuskan Diskriminasi Dalam Semua Bentuk Terhadap Wanita 1979/81.

Gambar Guru Sandaran GSTT Menang Saman Kerajaan Malaysia
 Gambar Guru Sandaran GSTT Menang Saman Kerajaan Malaysia

Konvensyen Untuk Menghapuskan Diskriminasi Dalam Semua Bentuk Terhadap Wanita 1979/81 itu mempunyai kuasa undang-undang di Malaysia dalam mentafsirkan Artikel 8 (2) Perlembagaan Persekutuan iaitu tidak boleh berlaku diskriminasi berdasarkan jantina di khalayak umum. Edmund Bon berkata hakim juga memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia telah menandatangani konvensyen itu dan justeru mahkamah berhak untuk merujuk kepada konvensyen tersebut dalam membuat keputusan.

Dalam afidavit sokongannya, Noorfadilla Ahmad Saikin berkata beliau menghadiri temu duga pada 2 Januari 2009 di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat dan diminta mengisi borang deklarasi yang hanya mengandungi soalan-soalan berkaitan dengan maklumat peribadi serta latar belakang pendidikannya dan tidak terdapat sebarang soalan mengenai status keadaan atau kesihatan. Menurut Noorfadilla Ahmad Saikin lagi, beberapa hari selepas itu beliau menerima tawaran untuk jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dari pegawai pejabat pelajaran Daerah Hulu Langat.

Plaintif berkata pada sesi taklimat, seorang pegawai pejabat pelajaran Daerah Hulu Langat menyuruh semua calon wanita yang hamil untuk membuat pengakuan dengan segera dan selepas beliau dan dua lagi wanita mengakui bahawa mereka sedang mengandung, pegawai tersebut mengambil semula memo penempatan daripada mereka tanpa sebarang soalan lain. Noorfadilla Ahmad Saikin berkata pegawai terbabit memberitahu mereka bahawa wanita hamil tidak boleh dilantik sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) kerana tugas GSTT akan melibatkan aktiviti kokurikulum yang tidak sesuai untuk wanita hamil, serta alasan-alasan lain.

Tiada alasan diberikan bahawa Kementerian Pelajaran melarang wanita hamil untuk dilantik sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Sehubungan itu, beliau berkata tindakan pejabat pelajaran Daerah Hulu Langat membatalkan pelantikan beliau sebagai GSTT adalah satu perbuatan diskriminasi terhadap seorang wanita hamil dan bercanggah dengan Artikel 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan serta Akta Pekerjaan 1955. Selain Edmund Bon, plaintif turut diwakili peguam Honey Tan dan Chan Yen Hui manakala kesemua defendan diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan Aida Adha dan Siti Kassim hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak Majlis Peguam Negara Malaysia. -Bernama.

Tengok Video Polimik Politik Retorik Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Dipermainkan Kerajaan Malaysia.





Kesimpulan mohdrohaizad.com - Tahniah penulis ucapkan kepada Noorfadilla Ahmad Saikin yang berjaya mengalahkan kerajaan Malaysia dan seangkatan dalam memperjuangkan hak wanita untuk hamil tanpa sebarang diskriminasi oleh pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab! Apa? Ingat pegawai kerajaan ini tak baca undang-undang negara ka? Selama ini ramai lagi guru sandaran yang ditindas oleh pihak jabatan pelajaran tetapi hanya mampu mendiamkan diri kerana takut tidak lagi dapat jawatan yang dipohon. Semoga kemenangan saman guru GSTT ini akan menjadi tauladan kepada pegawai kerajaan yang sewenang-wenang menyalahgunakan kuasa menindas hak pekerja dan rakyat Malaysia. Ayuh! Mari saman kerajaan Malaysia!

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Guru Sandaran GSTT Menang Saman Kerajaan Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 12.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...