CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Hubungan Seks Tanpa Payu Dara / Buah Dada


Lakukan Hubungan Seks Tanpa Payudara / Buah Dada

Soalan Kesihatan Wanita:

SAYA banyak membaca artikel tentang wanita takut kehilangan payudara lebih-lebih lagi ketika mereka disahkan mengidap kanser payudara. Hal ini menyebabkan mereka takut untuk ke doktor walaupun merasakan ada tumor kecil. Saya ingin bertanya, jika wanita kehilangan payudara, apakah fungsi atau rangsangan seks mereka juga akan hilang?

Juana, Johor.

Jawapan Pakar Kesihatan:

Memang tepat sekali, payudara adalah aset yang sangat berharga bagi setiap wanita. Ia merupakan lambang kewanitaan dan juga sebagai daya tarikan seksual. Sebab itulah seseorang wanita sangat gusar jika mereka merasakan ada tumor kecil di payudara mereka. Mereka takut akan kehilangan payudara jika benar menghidap kanser. Hasil untuk membuang payudara bergantung kepada kanser dan saiz payudara. Jika kanser sudah besar tetapi payudara juga besar, maka bentuk payudara yang asal masih dapat dipertahankan selepas pembedahan. Tetapi jika kanser besar dan payudara kecil, terpaksalah dibuang sepenuhnya payudara itu untuk mengelakkan ia tersebar ke organ lain. Saya mengharap seseorang wanita tidak seharusnya menganggap semua ketulan yang dirasakan adalah kanser. Kebanyakan ketulan di payudara bukan kanser. Ia disebabkan oleh masalah lain seperti fibroadenoma, fibroadenosis, nekrosis lemak, sista dan sebagainya. Cepat-cepat ke doktor untuk menjalani pemeriksaan dan penyiasatan. Dengan itu rawatan yang tepat dapat diberikan oleh diagnosis masing-masing.

Hubungan Seks Tanpa Payu Dara atau Buah Dada
Hubungan Seks Tanpa Payu Dara / Buah Dada

Jika organ ini tidak ada, tiadalah beza antara lelaki dan wanita. Untuk pengetahuan anda, otak adalah organ seks yang paling utama. Payudara dan organ kelamin bukanlah organ seks yang utama. Jadi jika seseorang wanita kehilangan payudara, fungsi dan rangsangan seks mereka masih ada. Pemikiran yang tenang dan selesa akan memberikan hubungan seks yang baik. Bau busuk dan ketidakselesaan hanya menghapuskan api ghairah dan keinginan setiap pasangan. Semua itu berpunca dari pemikiran. Bau yang harum, wangi, kulit yang bersih dan persediaan menjaga kebersihan mampu membuat pemikiran berfikiran lebih jauh dan seksi, bahkan menjadi ghairah. Ghairah yang dibangkit dengan perlahan dan alami akan menghasilkan libido (nafsu seks) yang hebat. Oleh itu ingatlah, organ seks yang penting dalam hubungan seks adalah otak. -Utusan Kesihatan.

mohdrohaizad.com - Para wanita sememangnya kena mengambil tentang kesihatan mereka terutamanya jika terdapat simptom-simptom yang boleh membawa kepada kanser barah payu dara. Berjumpalah dengan doktor dan jangan bersikap malu mengenai isu ini kerana ia melibatkan hubungan kekeluargaan rumahtangga anda.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Hubungan Seks Tanpa Payu Dara / Buah Dada By Mohd Rohaizad. Published: 31.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...