CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Intan Sarafina Hamil Bakal Lahir Anak Ke-2


Tahniah! Intan Sarafina Hamil Mengandung Dan Bakal Lahir Anak Ke-2!

Penyanyi lagu Duhai Malam, Intan Sarafina berumur 29 tahun, kini sedang hamil mengandung anak kedua dan usia kandungannya telah mencecah hampir lima bulan, dijangka akan lahir hujung tahun ini. Disebabkan Intan Sarafina hamil dan komitmen dengan keluarga membuatkan Intan Sarafina semakin menyepi dalam industri seni tanah air.

Alhamdulillah, Intan Sarafina mengandung anak kedua yang kini bakal memasuki usia lima bulan. Saya rasa sudah tiba masanya untuk menambah cahaya mata memandangkan anak pertama saya, Megat Evan Raez sudah berusia setahun lapan bulan,” katanya ketika dihubungi wartawan media hiburan.

Gambar Intan Sarafina Bersama Suaminya Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli dan Anak Sulung Mereka
Gambar Intan Sarafina Bersama Suaminya Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli & Anak Sulung Mereka Megat Evan Raez

Kata Intan Sarafina yang merupakan pelakon drama “Suara Hati” ini, kemungkinan bayi yang akan lahir itu adalah lelaki. Alhamdulillah, bayi dalam kandungan ini berada dalam kandungan sihat dan saya tidak mengalami alahan.

Saya hanya menjalani aktiviti harian seperti biasa cuma kurang masa untuk aktif kembali dalam karier seni,” jelasnya. Tambahnya lagi: Selain sibuk menguruskan rumah tangga, Intan Sarafina juga sibuk membantu suami menguruskan perniagaannya secara kecil-kecilan. Intan Sarafina berkahwin dengan Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli hampir tiga tahun lalu. -Mstar.

Tengok Video Intan Sarafina Lagu Duhai Malam Bersama Lirik.





mohdrohaizad.com - Penulis mengucapkan tahniah kepada Intan Sarafina dan suaminya Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli kerana bakal mendapat anak yang ke-2. Intan Sarafina yang telah hamil mengandung 5 bulan akan melahirkan anak hujung tahun ini. Semoga selamat semuanya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Intan Sarafina Hamil Bakal Lahir Anak Ke-2 By Mohd Rohaizad. Published: 19.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...