CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Anti-Yahudi: Bola Sepak Malaysia Mohon Maaf?


Isu Kenyataan Anti-Yahudi Pasukan Chelsea: Bola Sepak Malaysia (FAM) Mohon Maaf?

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memohon maaf kepada Chelsea berikutan kenyataan anti-Yahudi yang ditujukan kepada pemain tengah pasukan itu kelahiran Israel Yossi Benayoun ketika pertemuan persahabatan di ibu negara minggu lalu. Menurut Reuters, FAM dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini tidak mengesahkan sama ada insiden itu terjadi ataupun sebaliknya tetapi menegaskan jika benar, ia hanya membabitkan segelintir daripada 80,000 penonton yang membanjiri stadium. FA Malaysia ingin menegaskan bahawa kami tidak merestui sebarang bentuk sikap perkauman dalam sukan bola sepak.

Gambar Isu Anti-Yahudi Bola Sepak Malaysia Mohon Maaf
Isu Anti-Yahudi: Wajar Bola Sepak Malaysia Mohon Maaf?

Jika insiden seumpama itu benar-benar berlaku, kami memohon maaf kepada pemain berkenaan dan juga kepada kelab Chelsea,” petik kenyataan itu. Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Chelsea tidak membuat aduan mengenai kejadian yang didakwa berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 Julai lalu pada kadar segera, sebaliknya mereka hanya berbuat demikian kelmarin. Kami percaya Yossi (Benayoun) terdedah kepada kata-kata kesat anti-Yahudi oleh beberapa penyokong ketika permainan,” kata Chelsea. Tingkah lalu itu menyinggung perasaan, tidak boleh diterima sama sekali dan tiada ruang dalam sukan bola sepak,” kata kelab berkenaan. -Bernama.

Tengok Video Harimau Malaya Malaysia Lawan Chelsea.




mohdrohaizad.com - mengenai isu anti-yahudi, wajar bola sepak Malaysia mohon maaf kepada pasukan Chelsea? Bagi penulis ia sememangnya tindakan yang bijak dan berani oleh FAM, kerana ia melibatkan isu kesukanan, dan jangan diskrimasikannya disebabkan Yossi Benayoun seorang yahudi tetapi jika mereka sememangnya mewakili negara haram Israel maka sewajarnya boleh mengutuk kritik jika dibenarkan bermain di Malaysia.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Anti-Yahudi: Bola Sepak Malaysia Mohon Maaf? By Mohd Rohaizad. Published: 29.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...