CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Buku Hanya Bogel Menuju Tuhan? Zahiril Adzim Buat Kontroversi?


Betul Ke Isu Buku Hanya Bogel Menuju Tuhan? Penulis Zahiril Adzim Buat Kontroversi?

Pelbagai maklum balas telah diterima, sebaik saja wartawan hiburan menyiarkan artikel tentang buku Hanya Bogel Menuju Tuhan yang dihasilkan oleh penulis, pelakon Zahiril Adzim. Namun, rata-rata respon yang diterima terhadap buku yang telah pun berada di pasaran dengan harga RM30 itu bersifat cukup negatif.

Sehingga ada yang melabelkan Zahiril Adzim sebagai orang yang tidak sensitif serta tidak peka terhadap budaya masyarakat Timur. Tidak kurang juga yang menganggap bahawa tunang Shera Ayob itu seolah-olah seperti sengaja mencipta kontroversi dan tunjuk pandai dengan istilah agama yang digunakannya itu.

Menyedari hakikat ini, wartawan hiburan telah mendapatkan pandangan beberapa selebriti Malaysia dan artis nasyid tentang isu kontroversi ini. Jom ikuti komen dari (Gambar) Hafiz Hamidun, Azahari Nowseeheart, Imam Muda Aran, Imam Muda Fakrul dan Pyan Saujana.

Hafiz Hamidun

Saya telah membaca buku ini dan saya juga adalah seorang pengikut blog Zahiril Adzim. Bagi saya, perkara ini sepatutnya tidak patut dijadikan isu. Berkemungkinan besar, bagi kebanyakan orang yang tidak membaca dan mengikuti blognya, mesti mereka akan salah faham. Sejujurnya, apa yang dapat saya luahkan adalah segala apa yang terkandung sama ada dalam blog atau bukunya itu adalah diri Zahiril Adzim itu sendiri. Tidak salah rasanya untuk Zahiril Adzim menggunakan perkataan itu sebagai judul buku. Berbogel yang dimaksudkan Zahiril bukannya dari segi pakaian. Ia adalah sikap rendah diri Zahiril apabila mengadap Tuhan. Mungkin itu juga tafsiran Zahiril antara dia dan Tuhan iaitu bersikap jujur, ikhlas dan tidak sembunyi.

Sebagai orang yang sudah membacanya, saya rasa ia bukan satu masalah besar. Walaupun manusia meninggal akan dikapankan tapi apa yang kita ada di dunia ini tidak boleh dibawa ke akhirat kecuali amalan. Sekali lagi, perkara ini tiada isu dan saya berharap semuanya agar membaca dulu sebelum memberikan sebarang komen. Sungguhpun Zahiril Adzim seorang pelakon tetapi dia tidak suka merepek dan berkhayal. Dia mempunyai matlamat dan pandangan tersendiri. Mungkin ini bahasa bunga yang Zahiril Adzim gunakan.

Azahari Nowseeheart

Kalau saya nak komen tentang tajuk saja tanpa menilai isi kandungan buku itu, sudah tentu saya tidak bersetuju dan merasakan ia langsung tidak sesuai dengan adat resam orang Melayu. Bagi saya tajuk memainkan peranan penting bagi sebuah buku, album dan sebagainya. Sepatutnya Zahiril perlu berlapik dalam memilih perkataan yang sesuai untuk bukunya itu. Itu saya punya komen sekiranya melihat tajuk saja. Walaupun begitu, tidak adil sekiranya apa yang terkandung dalam buku itu tiada masalah, saya rasa tiada salahnya. Mungkin masyarakat agak kurang menerimanya pada mulanya. Tetapi lama-kelamaan nanti, ia akan senyap begitu saja dan akan diterima masyarakat. Dari segi agama pun, saya rasa perkataan ini tiada salah. Ini adalah perkara remeh dan ia lebih kepada adat saja.

Imam Muda Aran

Secara peribadi, tajuk sebegitu kurang sesuai digunakan. Bunyinya pun agak kasar didengari dan kurang sesuai dengan adab kita sebagai orang Melayu. Sebagai contoh, kalau kita berjumpa dengan orang kenamaan atau VIP, kita mestilah menjaga tata tertib dan tingkah laku kita apabila bercakap dengan orang itu. Ini pula bahasa kita terhadap Tuhan. Bagi saya, mungkin niat Zahiril adalah untuk menarik perhatian orang. Saya pun berpendapat Zahiril juga seorang yang bijak memilih tajuk dan sejujurnya kalau tajuk sebegini digunakan untuk forum sudah pasti ramai yang datang menghadiri forum tersebut. Mungkin ini semua dilakukan untuk melariskan bukunya. Kesimpulannya, pemilihan tajuk ini ada pro dan kontranya.


Gambar Respon Buku Hanya Bogel Menuju Tuhan


Imam Muda Fakrul

Jika kita melihat dari segi adat orang Melayu, bila apa saja perkara yang ada menyebut perkataan bogel pastinya ia adalah satu perkara yang negatif. Itu sekiranya jikalau kita melihat pada tajuk saja. Bagi saya, kalau boleh tukar tajuk tersebut, diharapkan agar Zahiril Adzim dapat menukarnya. Mungkin juga, Zahiril boleh menukarkan tajuk dari Bogel Menuju Tuhan kepada Tidak Berpakaian Menuju Tuhan. Saya pun merasakan tajuk yang sekarang ini pun kurang manis didengar dan dibaca. Apa sekalipun, kepada masyarakat janganlah sesekali terus mencemuh Zahiril Adzim. Kita kena periksa dulu apakah maksud yang ingin disampaikan olehnya. Jangan terus mempersalahkan orang lain tanpa siasat. UntukZahiril Adzim  pula perlu lebih berhati-hati dalam membuat keputusan agar tidak mengundang kekecohan isu kontroversi seperti ini walaupun saya tahu niat Zahiril Adzim adalah baik.

Pyan Saujana

Untuk memilih tajuk untuk sesebuah filem pun, LPF (Lembaga Penapisan Filem) akan memainkan peranan untuk menilai sama ada tajuk itu sesuai atau pun tidak. Macam sebelum ni pun filem ...Dalam Botol yang mana tajuk asalnya adalah Anu Dalam Botol. Sama juga dengan penerbitan sebuah buku. Mesti ada badan yang menjaganya supaya ia tidak mengundang isu-isu negatif sebegini. Bagaimanapun, dalam dunia realiti, apa yang digambarkan Zahiril itu memang benar dan betul. Pun begitu, tidak semua boleh mendalami maksud bogel yang cuba disampaikan Zahiril menerusi buku ini. Sejujurnya, saya tak boleh nak komen lebih kerana saya tidak mengetahui isi kandungan buku tersebut. Mungkin, saya boleh memberikan penjelasan yang panjang sekiranya saya sudah membaca buku itu.

Seelok-eloknya, Zahiril bolehlah tukar tajuk itu dengan tajuk yang lebih senang diterima masyarakat. Tajuk ini memang sensasi tetapi mengundang kontroversi. Apa sekalipun, saya bukannya untuk membangkang seratus-peratus apa yang dibuat Zahiril. Ini semua terpulang kepada penulis itu sendiri. Sekali lagi, ia tertaluk kepada badan penapisan buku pula supaya niat suci penulis tidak disalah anggap. Dalam Islam sendiri pun ada mengajar bahawa mandi dalam keadaan bogel tidak digalakkan yang mana sebaiknya kita kena tutup kemaluan itu sedikit. Saya rasa mereka boleh kaitkan contoh ini. -Murai.

Tengok Video Zahiril Adzim Buat Apa Di Jepun?






Apa kata mohdrohaizad.com - Penulis belum lagi membaca buku Hanya Bogel Menuju Tuhan hasil karya penulis pelakon Zahiril Adzim ini. Adakah isu kontroversi ini akan mengundang reaksi negatif orang ramai? Sudah semestinya terutamanya yang belum membaca buku tetapi terus komen negatif. Penulis berpendapat Zahiril Adzim memang sengaja buat judul buku sedemikian agar orang tertarik untuk membaca isi kandungan buku itu kemudian akan menyedari bahawa ada nilai-nilai kebaikan kerohanian dalam buku Hanya Bogel Menuju Tuhan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Buku Hanya Bogel Menuju Tuhan? Zahiril Adzim Buat Kontroversi? By Mohd Rohaizad. Published: 6.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...