CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Rogol Amah Indonesia - Penulis Blog Denda RM300 Ribu


Betul Ke Isu Rogol Amah Indonesia, Penulis Blog Kena Denda RM300 Ribu?

Mahkamah Tinggi memerintahkan penulis blog Amizudin Ahmat membayar RM300,000 sebagai ganti rugi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim atas tuduhan fitnah berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol seorang amah Indonesia terhadap menteri berkenaan. Selain itu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datin Zabariah Mohd Yusof turut mengarahkan pemblog tersebut membuat bayaran kos sebanyak RM100,000 kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.

Pada 31 Januari lalu, Rais Yatim memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin Ahmat, yang juga anggota jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat, berhubung makalah berkenaan yang tersiar dalam blog penulis itu berserta foto Rais pada atau kira-kira pada 28 Disember lalu. Tulisan itu disiarkan dalam laman sharpshooterblogger.blogspot.com. Dalam saman yang difailkan melalui Tetuan Shafee & Co, Rais menuntut ganti rugi umum, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi punitif, faedah dan injunksi terhadap defendan supaya membuang dan menghalang defendan daripada terus menyiarkan makalah berkenaan.

Gambar Rais Yatim Isu Rogol Amah Indonesia
 Gambar Datuk Seri Dr Rais Yatim - Isu Rogol Amah Pembantu Rumah Indonesia

Dalam pernyataan tuntutannya, Rais Yatim berumur 69 tahun, berkata kesemua perkataan dalam makalah itu berniat jahat dan berbaur fitnah terhadap beliau. Menteri itu berkata perkataan dalam makalah itu bermaksud dan/atau boleh difahamkan bermaksud bahawa beliau melakukan satu kesalahan serius iaitu merogol dan berkemampuan membunuh pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia. Dalam pernyataan tuntutan berkenaan, Rais Yatim berkata perkataan yang berbaur fitnah itu juga bermaksud beliau seorang manusia dan/atau pemimpin yang tidak bermoral.

Kata Rais Yatim, berikutan penyiaran makalah itu, nama baik beliau secara peribadi dan/atau secara profesional telah tercemar teruk di peringkat nasional dan/atau antarabangsa, daripada segi ketokohan dan kredit, dan telah diseretkan ke dalam skandal, kebencian dan kehinaan di mata umum serta mengalami keaiban, tekanan dan kerugian.

Akhir tahun lalu, Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu, menafikan tuduhan itu bulan lalu selepas nama beliau disebut oleh seorang Amizudin. Selepas itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah beliau selama lapan tahun dilaporkan sebuah portal berita Indonesia menafikan yang dia pernah dilayan secara kejam atau dirogol oleh majikannya iaitu Rais Yatim. -Bernama.

Tengok Video Rais Yatim - Isu Menteri Rogol Pembantu Rumah Indonesia.





Komen mohdrohaizad.com - Berkenaan isu rogol amah Indonesia yang melibatkan Rais Yatim telah ditamatkan dengan penulis blog didenda RM300k oleh Mahkamah. Bagaimana? Blogger telah kena heret ke mahkamah, kena berhati-hati apabila mengeluarkan artikel untuk siaran, tambah-tambah isu yang belum pasti.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Rogol Amah Indonesia - Penulis Blog Denda RM300 Ribu By Mohd Rohaizad. Published: 19.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...