CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Skandal Intip Media Rupert Murdoch - Wartawan Mati Dibunuh


Isu Skandal Intip Media Rupert Murdoch, Bekas Wartawan Mati Dibunuh Selepas Pendedahan!

Skandal mengintip panggilan telefon melibatkan media milik jutawan Rupert Murdoch dilihat semakin serius dengan seorang bekas wartawan News of the World, tabloid yang didakwa menggunakan kaedah itu untuk mendapatkan maklumat, ditemui mati semalam. Sean Hoare (gambar) memberitahu akhbar New York Times tahun lalu mengenai amalan itu lebih buruk daripada diakui oleh News of the World apabila polis mula menyiasat dakwaan berkenaan. News of the World, tabloid berusia 168 tahun, menutup operasinya minggu lalu.

Media dari Britain dan Amerika Syarikat menyebut Hoare pernah berkhidmat dengan The Sun dan News of the World bersama Andy Coulson sebelum dibuang kerja pada 2005 berhubung masalah berkaitan dengan tabiat mengambil minuman keras dan dadah. Sean Hoare ditemui mati awal pagi semalam di rumahnya di Langley Road, Watford, demikian lapor akhbar Guardian memetik Polis Hertfordshire. Menurut BBC dan msnbc.com, Coulson, yang berkhidmat dengan Perdana Menteri David Cameron sebagai ketua media sehingga awal tahun ini, menggantikan Rebekah Brooks sebagai editor News of the World pada 2003.

Gambar Sean Hoare Wartawan Dibunuh Rupert Murdoch
Gambar Sean Hoare - Mati Dibunuh Selepas Pendedahan Isu Skandal Intip Media Rupert Murdoch

Coulson meletakkan jawatan kerajaan pada Januari lalu dan ditahan awal bulan ini dalam skandal ini. Dia merupakan salah seorang daripada 10 orang ditahan setakat ini. Semalam, Perdana Menteri Britain memendekkan lawatan rasmi ke luar negara bagi mengendalikan isu semasa yang telah menggegarkan institusi politik, media dan polis Britain. Buat julung kali, akhbar New York Times melaporkan mengenai dakwaan Hoare pada 1 September 2010. 

Hoare memberitahu akhbar itu bahawa Coulson memang mengetahui kerja-kerja mengintip telefon yang dilakukan oleh News of the World dan secara aktif menggalakkan pekerjanya menceroboh panggilan-panggilan telefon dibuat oleh selebriti. Seorang jurucakap polis berkata kematian itu sedang diteliti sebagai tidak diketahui puncanya tetapi bukan sesuatu yang meragukan.

Siasatan polis mengenai insiden ini masih dikendalikan, kata polis. Sebelum kematian itu, Britain dikejutkan dengan keputusan Penolong Komisioner Polis Metropolitan  John Yates meletakkan jawatan ekoran tekanan yang semakin meningkat berhubung skandal tersebut. Dua eksekutif kanan Murdoch juga telah meletakkan jawatan mereka minggu lalu. -Agensi.

Tengok Video Pendedahan Media Rupert Murdoch Terlibat Dengan Illuminati Dan Membantu Dajjal Yahudi.





Komen mohdrohaizad.com - Kesian si bekas wartawan yang membuat pendedahan isu skandal intip godam oleh media Rupert Murdoch, dah tu dikatakan akibat alcohol dan dadah. Banyak bukti disembunyikan, dan saksi diugut bunuh jika terus buat pendedahan salah laku media monopoli Rupert Murdoch ini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Skandal Intip Media Rupert Murdoch - Wartawan Mati Dibunuh By Mohd Rohaizad. Published: 19.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...