CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Juvana The Movie Bakal Difilemkan?


Betul Ke Juvana The Movie Bakal Difilemkan Adaptasi Dari Drama?

Episod kemuncak drama bersiri Juvana telah pun ditayangkan semalam. Kesan drama Juvana yang dibintangi oleh Zahiril Adzim, Johan As'ari, Adam Shaz, Syazwan Zulkifly, Bront Palarae, Izreen Azminda dan ramai lagi itu cukup besar kepada penonton yang terpikat dengan jalan cerita yang digarap dengan cemerlang oleh pengarah Faisal Ishak.

Walaupun penamat drama itu telah pun diketahui apabila Daim yang dilakonkan oleh Zahiril Adzim akhirnya menjadi guru di Sekolah Wira Bakti, sekolah di mana ia ditahan kerana terlibat dalam kes pembunuhan ibunya. Selepas 10 tahun, Cikgu Zakiah (Izreen Azminda) akhirnya menjadi Pengetua di sekolah tersebut. Begitu juga dengan rakan-rakan Daim yang lain, semuanya ada masa depan masing-masing.

Gambar Filem Juvana The Movie
 Gambar Filem Juvana The Movie Bakal Difilemkan?

Dengan lebih 1500 tweet yang dijadikan sampel telah dihantar oleh penonton episod kemuncak drama bersiri popular Juvana. Ternyata lebih 85% tweet memuji penamat drama bersiri tersebut. Tinjauan secara rambang itu dilakukan di Twitter Sentiment, TweetFeel, twitrratr dan Social Mention.

Jika sebelum ini drama bersiri Nur Kasih diangkat ke versi filem, mungkinkah drama Juvana juga akan mendapat peluang yang sama? Jika drama itu diangkat ke versi filem, wajarkah pelakon asalnya dikekalkan? Sila beri pandangan anda.

Kesemua episod drama bersiri Juvana kini boleh ditonton di www.tonton.com.my.

Tengok Video Izreen Azminda Seksi Hot - Cikgu Zakiah Dalam Bahaya.





mohdrohaizad.com - Penulis tidak pasti sama ada Juvana The Movie akan difilemkan atau tidak. Penerbit dan pengarah mungkin mempertimbangkan untuk membikin filem Juvana The Movie setelah melihat berjayanya drama bersiri Juvana.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Juvana The Movie Bakal Difilemkan? By Mohd Rohaizad. Published: 19.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...