CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kartunis Zunar Terima Anugerah Antarabangsa CRNI


Tahukah Anda, Kartunis Politik Malaysia, Zunar Terima Anugerah Pengiktirafan Antarabangsa? 

Kartunis kontroversi Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar dianugerahkan penghormatan antarabangsa ekoran kritikan sinisnya terhadap perjalanan politik di negara ini. Zunar menerima anugerah dalam bidang kartun editorial daripada Jaringan Antarabangsa Hak Kartunis (CRNI) yang berpengkalan di Amerika Syarikat pada 7 Julai 2011 yang lalu. Anugerah bidang kartun editorial itu disampaikan dalam majlis tahunan di St Petersburg, Florida oleh Presiden CRNI Joel Pett.

Sementara itu, Pengarah CRNI Dr Robert Russell dalam ucapannya berkata cara Zunar menangani "penapisan yang tidak sah" menjadi pedoman bahawa semua orang boleh mempertahankan kebebasan bersuara dan mengekalkannya. Satu pengajaran yang kita dapat dari pemenang anugerah tahun ini ialah kebebasan bersuara di sebahagian besar tempat di dunia ini terpaksa diperolehi dengan membayar harga yang mahal.

Gambar Kartunis Zunar Terima Anugerah Antarabangsa
Gambar Kartunis Zunar Terima Anugerah Antarabangsa CRNI

Zunar mendapat perhatian CRNI apabila beliau dan Malaysiakini memfailkan saman terhadap Kementerin Dalam Negeri ekoran pengharaman dua bukunya 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun. Menurut CRNI, ketabahan dan ketahanan Zunar menghadapi tekanan, menggunakan strategi kreatif dan keberanian melawan kekuasan melayakkan beliau menerima anugerah itu.

Gambar Koleksi Buku Kartunis Zunar Malaysiakini
Gambar Koleksi Buku Kartunis Zunar Malaysiakini Yang Diharamkan Kerajaan BN

Antara yang hadir menyaksikan acara itu termasuklah pemenang Anugerah Pulitzer dalam kartun editorial seperti Daryl Cagle, Dick Locher, Clay Bannet, Ben Sergeant, Mark Fiore, Mike Keefe, Ed Stein dan Rob Rogers. Pemenang-pemenang sebelum ini antaranya kartunis Iran Mana Neyestani (2010), kartunis Mexico Mario Robles (2009), dan kartunis Palestin Baha Boukhari (2008). CRNI mewakili lebih 600 kartunis di seluruh dunia dengan 21 kerjasama dengan negara membangun di Eropah, Asia, Afrika dan Amerika Latin. -Malaysiakini.

Tengok Video Temubual Kisah Kartunis Zunar Yang Sanggup Berkorban Sehingga Ketitisan Nyawa Terakhir.





Kesimpulan mohdrohaizad.com - Penulis mengucapkan TAHNIAH buat kartunis Zunar kerana berjaya mendapat anugerah pengiktirafan antarabangsa. Keberanian dan kesabaran kartunis Zunar wajar dicontohi bagi mereka yang mempunyai seni untuk bebas meluahkan perasaan mereka melalui kartun yang mempunyai mesej pengajaran kepada masyarakat. Kenapa ya kerajaan Malaysia sanggup mengharamkan buku karya kartunis Zunar? Adakah kartun-kartun Zunar mampu mengonyang kepimpinan Malaysia?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kartunis Zunar Terima Anugerah Antarabangsa CRNI By Mohd Rohaizad. Published: 13.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...