CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kempen Zon Undang-Undang Syariah Di Britain - Ekstremis Islam


Kempen Poster Zon Undang-Undang Syariah Di Britain Oleh Ekstremis Islam

Di London, Britain - Golongan ekstremis Islam melancarkan kempen poster untuk memaklumkan kepada orang awam mengenai kewujudan zon penguatkuasaan undang-undang Islam di serata Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Poster berkenaan memberitahu para pengunjung bahawa mereka memasuki zon undang-undang Islam dan dilarang melakukan aktiviti yang melanggar hukum syarak seperti meminum alkohol atau melanggan pelacur.

"Anda memasuki zon kawalan syariah, lokasi undang-undang Islam dikuatkuasakan," menurut tulisan pada satu poster itu di sini.

Poster berwarna kuning terang itu turut tertera amaran meminta dilarang berjudi, tidak dibenarkan mengadakan konsert, merokok dan dadah.

Gambar Kempen Zon Undang-Undang Syariah Di Britain
Gambar Kempen Zon Undang-Undang Syariah Di Britain Oleh Ekstremis Islam

Sejumlah poster berkenaan ditampal di stesen bas dan tiang lampu beberapa kawasan di sini.

Seorang pendakwah, Anjem Choudary mengaku bertanggungjawab melancarkan kempen poster syariah itu.

"Kami memiliki beribu-ribu orang di seluruh Britain yang sanggup meronda untuk memastikan undang-undang syariah dikuatkuasakan di zon-zon berkenaan," kata Anjem.

"Kami memiliki antara 10,000 hingga 50,000 poster untuk diedarkan di kawasan penduduk Islam di Britain," tambahnya.

Bagaimanapun, pihak Scotland Yard bekerjasama dengan majlis kerajaan tempatan untuk menanggalkan poster-poster itu dan mencari dalang yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut. - Agensi.

mohdrohaizad.com - Hal ini akan memburukkan lagi keadaan jika kempen poster zon syariah undang-undang Islam dibuat aktivis ekstremis Islam. Seperti yang kita ketahui, anti-Islam semakin kuat di Britain disebabkan bimbang risau dengan kebangkitan Islam di eropah. Namun, tindakan yang bijaksana wajar diambil oleh orang Islam agar mengelakkan berlakunya keadaan yang boleh menyebabkan huru-hara.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kempen Zon Undang-Undang Syariah Di Britain - Ekstremis Islam By Mohd Rohaizad. Published: 29.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...