CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kumpulan Nasyid Kanak-Kanak Dhuha Tidak Ke Sekolah


Betul Ke Kumpulan Nasyid Kanak-Kanak Dhuha Tidak Pernah Ke Sekolah?

Kumpulan kanak-kanak, Dhuha, mengamalkan konsep teknik pembelajaran di rumah dan tidak ke sekolah seperti rakan-rakan seusia mereka yang lain. Kumpulan Dhuha ini dianggotai oleh tujuh orang adik beradik iaitu Nusaybah, 16 tahun, Nasihah, 14 tahun, Rumman, 12 tahun, Zaidan, 10 tahun, Ajwah, 8 tahun, Hamied Kishk, 5 tahun dan Safinatunnaja, 3 tahun.

Gambar Kumpulan Dhuha Tidak Ke Sekolah
 Gambar Dhuha, Kumpulan Nasyid Kanak-Kanak

Menurut ibu kumpulan Dhuha ini selaku pengurus, Aidahaniza Abdul Wahab, dia dan suami, Shazly Abdullah ingin menggunakan teknik pembelajaran bagi anak-anak mereka yang berbeza berbanding di sekolah. Bukan kami tidak percaya dengan pengajaran pembelajaran di sekolah cuma kami mahu mendidik anak-anak kami belajar kerana ilmu bukan hanya semata-mata mahu lulus dalam peperiksaan. Cuma apabila tibanya peperiksaan PMR (Penilaian Menengah Rendah) dan SPM (Sijil Pelajaran Sekolah), mereka akan ke sekolah hanya untuk menduduki peperiksaan tersebut, kata Aidahaniza Abdul Wahab yang merupakan seorang guru di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah.

Tambah Aidahaniza Abdul Wahab lagi, dengan cara teknik pembelajaran ini juga mereka mudah membahagikan masa sebagai seorang penyanyi berkumpulan dan pelajar. Kumpulan Dhuha kini muncul dengan album terbaru Mari Belajar Bahasa Arab yang berkonsepkan pendidikan belajar sambil berhibur. Jom Menyanyi Bahasa Arab memuatkan sebanyak 14 buah lagu popular yang mudah dihafal seperti Selamat Hari jadi, Di Rumah Kami, Hari-Hari, Tubuh Badan Saya dan Alatan Belajar.

Gambar Ibu Bapa Kumpulan Dhuha
 Gambar Aidahaniza Abdul Wahab,Dan Suaminya, Shazly Abdullah Amal Pembelajaran Di Rumah


Dalam album nyanyian nasyid ini, lirik pada setiap lagu-lagu tersebut sama sahaja seperti yang dinyanyikan dalam Bahasa Malaysia, cuma ia dialih bahasakan ke bahasa Arab, ujar Aidahaniza Abdul Wahab. Dalam pada itu, kumpulan Dhuha turut didedahkan dengan penggunaan alatan muzik seperti gitar, piano dan biola. Sebelum ini suami saya pernah belajar di Universiti Al-Azhar di Mesir dalam jurusan dakwah. Dia sendiri melihat keperluan hiburan untuk berdakwah mendidik masyarakat adalah cara yang paling efektif. Sebab itu kami ingin Dhuha turut mengusai ilmu muzik juga, kata Aidahaniza Abdul Wahab mengakhiri temubual dengan wartawan hiburan. -MStar.

Tengok Video Doa Dhuha, Solat Dhuha, Kumpulan Nasyid Unic.



Apa komen mohdrohaizad.com - Penulis tengok Aidahaniza Abdul Wahab,dan suaminya, Shazly Abdullah begitu bersungguh-sungguh dalam mendidik anak-anak mereka, pembelajaran dirumah memang bagus, kena pandai bahagikan masa. Diharap kumpulan nasyid kanak-kanak Dhuha yang tidak ke sekolah ini jangan diabaikan aktiviti-aktiviti beriadah dan berkawan serta yang lain-lain seperti kanak-kanak normal.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kumpulan Nasyid Kanak-Kanak Dhuha Tidak Ke Sekolah By Mohd Rohaizad. Published: 3.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...