CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Laman Web MyYearbook Dijual USD100 Juta! Harga Blog Anda?


Betullah Laman Web MyYearbook Dijual USD100 Juta! Bagaimana Pula Dengan Harga Blog Anda? Boleh Jual Tak Laman Web Blog?

Di New Jersey, Amerika Syarikat (AS), seorang gadis bernama Catherine Cook dan dua saudara lelakinya, David Cook serta Geoff Cook bergelar jutawan selepas laman web ciptaan mereka, MyYearbook dibeli pada harga AS$100 juta (RM296.6 juta) oleh pihak laman jaringan sosial Latin, Quepasa, lapor sebuah akhbar semalam. David Cook mendapat idea untuk menghasilkan laman web berkenaan semasa dia dan kakaknya menyelak buku tahunan sekolah mereka pada 2005.

Ketika itu, David Cook berusia 15 tahun, manakala Catherine Cook setahun lebih tua. Buku tahunan sekolah di Amerika Syarikat menyimpan banyak gambar dan nama para pelajar senior selain maklumat mengenai pelbagai pertubuhan serta aktiviti sesebuah sekolah yang dicetak pada setiap tahun. David Cook dan Catherine Cook kemudian berusaha untuk mencipta buku tahunan digital di Internet dan menamakan laman web tersebut, MyYearbook.

Gambar Pengasas atau Founder MyYearBook, Catherine Cook
 Gambar Pengasas / Founder MyYearBook, Catherine Cook.

Dalam tempoh enam tahun MyYearbook beroperasi, adik-beradik Cook memperoleh pendapatan AS$17 juta (RM50.5 juta) dengan laman web mereka berjaya menarik minat lebih 70 juta pengguna internet dan ia dilihat sebanyak 1.2 bilion kali paparan sebulan.

Pada Rabu lepas, Quepasa mengumumkan pengambilalihan MyYearbook berjumlah AS$100 juta dengan AS$82 juta (RM244 juta) melibatkan pemberian saham Quepasa, manakala baki AS$18 juta (RM53.5 juta) lagi dibayar secara tunai. - Agensi / Kosmo.

Tengok Video MyYearBook Secret Admirer Cheat - Satu Tutorial Untuk Berbohong.





mohdrohaizad.com - Muda-muda dah jadi jutawan adik beradik Cook ini. Penulis pun berangan-angan nak menjadi seperti mereka, anda pulak bagaimana? Agak-agak blog cabuk ini boleh dijual ke? Hehehe.. Harga blog ini tidak ternilai, tapi kalau dapat jual macam laman web MyYearBook sampai USD100 Juta bestlah juga tapi semua itu hanya khayalan sahaja..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Laman Web MyYearbook Dijual USD100 Juta! Harga Blog Anda? By Mohd Rohaizad. Published: 24.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...