CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

‘Lawak Minggu Ini’ Ganti ‘Maharaja Lawak’


Rancangan Program ‘Lawak Minggu Ini’ Ganti ‘Maharaja Lawak’ Di Astro Warna (Saluran 132)

Sebagai pengubat rindu kepada peminat Maharaja Lawak, Astro Warna (saluran 132) akan menyiarkan program komedi terbaru Lawak Minggu Ini mulai 5 Ogos depan pukul 10 malam. Program Lawak Minggu Ini bersiaran 12 episod ini akan menampilkan 12 orang pelawak popular tanah air yang menjadi hos untuk setiap episod selama satu jam.

Melihat kepada kejayaan program komedi seperti Raja Lawak, Spontan, Lawaking, Redah Kasi Pecah dan Maharaja Lawak, kami dapati program yang berteraskan lawak jenaka dan komedi amat popular di kalangan para penonton. Kami menjangkakan corak penerimaan ini akan terus bertahan jika kandungan pengisian berkualiti yang dibekalkan menggunakan formula yang tepat,” kata Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani ketika majlis sidang media Lawak Minggu Ini di The Curve, di sini, Isnin.

Gambar Lawak Minggu Ini Ganti Maharaja Lawak
Gambar ‘Lawak Minggu Ini’ Ganti ‘Maharaja Lawak’ Di Astro Warna

Pelawak yang terlibat dengan program ini adalah Apek, Yassin, Abon, kumpulan Balas, Datuk Jamali Shadat, Sathiya, kumpulan Sepah, Nabil, Johan, Zizan, kumpulan Jambu dan Angah. Setiap pelawak akan mempersembahkan tiga hingga empat slot mengikut kreativiti dan masa yang diberikan. Kami memberi kebebasan penuh kepada setiap pelawak untuk memilih dan menyusun sendiri kandungan persembahan berteraskan komedi dan lawak jenaka. Setiap minggu, pelawak-pelawak itu akan mengundang dua artis jemputan daripada pelbagai latar belakang untuk lebih memeriahkan program itu, ujar Nizam lagi.

Tegasnya, lawak berbentuk “slapstik” juga semakin kurang diguna pakai oleh pelawak generasi muda dan mereka lebih mementingkan kreativiti dan pengisian bahan-bahan lawak yang lebih cerdik serta mengikuti perkembangan isu semasa untuk menghiburkan penonton. Kami sedar bukan mudah untuk membuat orang ketawa. Namun, kami yakin mereka bakal mencetuskan lawak jenaka menerusi pengisian yang lebih kreatif dan cerdik berbanding lawak “slapstik” dengan bantuan para artis jemputan,” tambahnya. -MStar.


mohdrohaizad.com - Semestinya pihak Astro kena membuat rancangan lawak terbarunya bagi mengekal pelanggan pakej untuk Astro Warna yang sebelum ini melanggan semata-mata untuk tengok Maharaja Lawak. Pihak Astro memang pandai membuat duit tambah-tambah tiada persaingan dengan kata lain memonopoli televisyen berbayar. Penulis berdoa semoga ada pihak TV lain yang berbayar dapat menyaingi Astro bagi mengurangkan bebanan bil rakyat Malaysia. Aduh.. melalut pulak. Apa-apapun harap pelanggan Astro Warna enjoy dengan program Lawak Minggu Ini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

‘Lawak Minggu Ini’ Ganti ‘Maharaja Lawak’ By Mohd Rohaizad. Published: 25.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...