CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Mas Muharni Jadi Pelacur Kelas Atasan


Betul Ke Mas Muharni Jadi Pelacur Kelas Atasan?

Sekian lama bergelar pelakon sejak lebih dua tahun lalu, baru sekarang Mas Normuharni Sheikhah Mohd. Sattar berumur 25 tahun, (Mas Muharni) berpeluang mendukung watak selain pelajar. Menurut Mas Muharni, dia akan memberikan kelainan dengan melakonkan watak seorang pelacur kelas atasan menerusi telefilem Sujud Di Sejadah terbitan RTM.

Mas Muharni menjadikan pelakon Safura sebagai rujukan untuk menjiwai watak pelacur kelas atasan kerana sebelum ini dia pernah melakonkan watak tersebut dalam sebuah drama sebelum ini. Saya menonton semula drama lakonannya itu dari segi pergerakan dan cara bercakap di kalangan pelacur, ujar Mas Muharni kepada wartawan hiburan.

Gambar Mas Muharni Seksi Hot
Gambar Mas Muharni Seksi Hot - Pelacur kelas Atasan Dalam Drama Sujud Di Sejadah

Biarpun beranggapan seorang pelacur kelas atasan tidak semestinya perlu bergaya seksi, Mas Muharni tetap bersedia apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku bagi menjayakan watak tersebut. Saya tahu RTM mempunyai garis panduan pakaian yang ditetapkan. Walaupun saya cuba mengelak daripada berpakaian seksi, tetapi saya tidak kisah untuk melakukannya jika perlu dalam cerita ini, kata Mas Muharni yang sedang menjalani penggambaran drama Siti Maryam untuk TV AlHijrah.

Selepas selesai penggambaran Siti Maryam, Mas Muharni dijangka akan memasuki penggambaran Sujud Di Sejadah pula sebelum meneruskan penggambaran drama 13 episod Suara Banduan pada hujung bulan ini. Dalam perkembangan lain, Mas Muharni yang merupakan pelakon drama Sjundai ini akui berat badannya semakin menurun iaitu dari 50 kilogram (kg) kepada 46 kg selepas giat berkunjung ke gimnasium sejak dua bulan lalu tambahan pula dirinya kurang selera makan.

Sepanjang bulan Ramadan depan, Mas Muharni yang sedang menantikan kemunculan filem terbarunya, Senario The Movie Ops Pocot akan membantu rakannya menjual Roti John di Bazar Ramadhan sekitar Kinrara, Puchong. -MStar.

Tengok Video Trailer Mantra Lakonan Mas Muharni.





Kesimpulan mohdrohaizad.com - Mas Muharni merupakan pelakon baru yang semakin meningkat naik, kali ini watak Mas Muharni agak sedikit mencabar apabila kena menjadi pelacur kelas atasan dalam drama Sujud Di Sejadah, jangan lupa saksikan lakonan Mas Muharni seksi hot di TV1.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Mas Muharni Jadi Pelacur Kelas Atasan By Mohd Rohaizad. Published: 15.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...