CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Mohd Hassan Adli Juara Imam Muda 2


Tahniah! Mohd Hassan Adli Juara Imam Muda 2 Bagi Tahun 2011.

Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza atau lebih dikenali sebagai Hassan, 26 tahun, telah dinobatkan sebagai juara program realiti pencarian Imam Muda musim kedua selepas mengetepikan Nazrul Izwan Zolkiflee (Nazrul), 26 tahun, pada malam kemuncak yang berlangsung di Dewan Muktamar, Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah, di sini, Jumaat.

Menurut Mudir (Pengetua) Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz yang mengetuai penjurian dua finalis tersebut, Mohd Hassan Adli Yahaya dipilih sebagai pemenang berdasarkan prestasi yang konsisten dan sahsiah diri yang menyenangkan sehingga layak menjadi juara. "Sebenarnya markah penilaian antara Hassan dan Nazrul tidak jauh berbeza. Cuma Hassan mempunyai kelebihan lima markah saja. "Hassan mempunyai kelebihan pada penilaian teori yang konsisten sepanjang 10 minggu ini, selain suara yang lunak dan tidak lekang dengan senyuman," kata Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz .

Gambar Hassan Juara Imam Muda 2
 Gambar Majlis Penyampaian Hadiah Imam Muda 2 - Mohd Hassan Adli Yahaya Juara Imam Muda 2011

Mohd Hassan Adli Yahaya yang terkejut dengan kemenangan itu berasa seperti dalambermimpi selepas dipilih sebagai juara Imam Muda 2. "Saya bersyukur dan seronok sangat dengan kemenangan Imam Muda 2. Rasa bagai bermimpi kerana tidak menjangkakan kejayaan ini. Ia adalah satu keajaiban dalam diri saya," kata Mohd Hassan Adli Yahaya tidak jangka kemenangannya.

Kemenangan tersebut melayakkan Mohd Hassan Adli Yahaya membawa pulang hadiah tajaan biasiswa penuh pengajian di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, kereta Proton Exora, pakej haji dan umrah serta wang tunai RM55 ribu. Mohd Hassan Adli Yahaya juga menerima sebuah iPad, telefon bimbit, voucer Perabot Jati bernilai RM15 ribu, komputer riba Macbook, pakej percutian ke Vietnam, kamera digital dan trofi.

Selaku naib juara, Nazrul Izwan Zolkiflee berkata dia tidak merasa kecewa walaupun tertewas di pentas final Imam Muda 2. "Saya tidak berasa kecewa kerana tidak menyangka akan mara ke final. "Lagipun matlamat saya menyertai Imam Muda 2 bukan untuk mengejar gelaran tetapi untuk berbakti pada masyarakat menerusi ilmu dan pengalaman yang diperolehi di sini," kata Nazrul Izwan Zolkiflee redha dengan kekalahannya.

Nazrul Izwan Zolkiflee menerima biasiswa pengajian di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, kereta Proton Persona dan wang tunai sebanyak RM20 ribu. Nazrul Izwan Zolkiflee dari Johor ini juga menerima voucer Perabot Jati bernilai RM10 ribu, pakej umrah, komputer riba Macbook, pakej percutian ke Vietnam, kamera digital, telefon bimbit dan trofi.

Gambar Juara Imam Muda 2011
 Gambar Mohd Hassan Adli Yahaya - Juara Imam Muda 2

Selain itu, lapan lagi peserta yang sudah tersingkir menerima biasiswa pengajian di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, pakej umrah, iPad, pakej percutian, kamera digital, telefon bimbit dan trofi.

Kesemua 10 peserta Imam Muda 2 turut diberikan sijil pentauliahan dan penghargaan daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Persembahan selingan pada malam itu dihiburkan oleh penyanyi Mawi dan pendakwah Akhil Hayy menerusi lagu Hambamu.

Mohd Hassan Adli Yahaya dan Nazrul Izwan Zolkiflee mara ke pentas akhir selepas mengetepikan lapan peserta iaitu Amar, Ali, Azlan, Fadli, Fatah, Fakhrul, Mujahid dan Najdi sepanjang 10 minggu program berlangsung. Malam kemuncak Imam Muda 2 bersiaran secara langsung pada pukul 9 malam di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro HD (saluran 188).

Tengok Video Youtube Imam Muda 2 Imbasan Kembali Para Peserta 2011.






Apa komen mohdrohaizad.com - Tahniah penulis ucapkan Mohd Hassan Adli Yahaya kerana menjadi Juara Imam Muda 2 bagi tahun 2011. Peserta-peserta lain yang tewas turut hebat namun rezeki tidak menyebelahi mereka dalam program Imam Muda 2. Penulis berharap ilmu-ilmu Imam Muda negara kita ini akan dimanfaatkan di Malaysia. Insya Allah musim depan ada lagi program realiti Imam Muda ini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Mohd Hassan Adli Juara Imam Muda 2 By Mohd Rohaizad. Published: 2.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...