CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Nasha Aziz & Nur Iman Tang Bertunang? Nikah Kahwin?


Betul Ke Nasha Aziz & Nur Iman Tang Sudah Bertunang? Mereka Bakal Nikah Kahwin Dalam Masa Terdekat?

Pelakon dan model Malaysia terkenal, Nasha Aziz terus menimbulkan pelbagai spekulasi tentang hubungan cintanya dengan Tan Wing Poh atau nama Islamnya, Nur Iman Tang yang heboh diperkatakan pihak media massa termasuklah yang mengatakan mereka telah bertunang sebelum ini. Walaubagaimanapun sewaktu ditemui pada pelancaran drama bersiri terbaru lakonannya berjudul 'Supermak', pemilik nama sebenar Noraishah A. Aziz ini enggan mengulas lebih lanjut, sebaliknya memilih untuk mengunci mulut tentang isu majlis pertunangan rahsia mereka ini.

Gambar Nasha Aziz dan Nur Iman Tang Bertunang
Gambar Nasha Aziz & Nur Iman Tang Bertunang?

Kami belum bertunang tetapi dia bagi cincin ini sebagai tanda 'booking' saya. Daripada mulut saya, apa yang saya boleh katakan, hubungan silaturahim kami sebagai saudara sesama Islam yang saling mengenali memang sangat baik. Setiap percintaan itu ada arah tujuan. Semua orang bila bercinta memang ke arah itu. Niat manusia mesti yang baik saja. Niat tetap niat tapi semuanya terletak atas kekuatan dan keinginan masing-masing. Dalam kehidupan ini banyak warna. Warna dalam hubungan saya lebih banyak merah daripada hijaunya, tutur Nasha Aziz, pelakon berusia 41 tahun itu penuh simbolik.

Sinopsis Ringkas Drama Supermak - Nasha Aziz - Amy Salim

Menerusi drama arahan Prem Anand Pillai itu, Nasha Aziz melakonkan watak sebagai Amy Salim, seorang isteri dan ibu yang mempunyai dua orang anak. Amy mempunyai kuasa luar biasa di mana ia tak diketahui orang lain termasuklah suaminya sendiri. -Gua.

Tengok Video Nasha Aziz Menarik Seksi Syok Sendiri? Hehehe..





mohdrohaizad.com - Penulis pun dengar khabar angin yang Nasha Aziz dan Nur Iman Tang sudah bertunang secara ringkas disebuah majlis pertunangan yang ringkas. Adakah Nasha Aziz dan Nur Iman Tang bakal bernikah dan majlis perkahwinan mereka akan dibuat dalam masa terdekat tahun ini? Yelahkan, Nasha Aziz pun dah umur 40-an, sampai bila nak berlakon dan jadi model kan?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Nasha Aziz & Nur Iman Tang Bertunang? Nikah Kahwin? By Mohd Rohaizad. Published: 21.7.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...